in

“Ibarat dipenjara seumur hidup” – Dokumen ‘Rahsia’ Tersebar, Bukti Betapa Teruknya Layanan China di Kem Xinjiang

Sehingga kini, China masih menafikan tentang isu penindasan terhadap Uighur di Xinjiang dan berkata kem yang menempatkan tahanan itu sebagai tempat pendidikan semula serta latihan vokasional.

Tapi, hari demi hari semakin tersebar kesedaran tentang seksaan yang berlaku di kem tahanan itu. Beberapa negara turut mengutuk perlakuan dan layanan China terhadap Uighur.

 

Dokumen ‘rahsia’ didedahkan

Menurut Al Jazeera, beberap helaian dokumen rahsia telah didedahkan kepada dunia luar. Dokumen itu adalah senarai arahan yang dihantar kepada pihak pengurusan kem tahanan Xinjiang tersebut.

Sumber: VOA

 

Tahanan kena ‘brainwash’ hari-hari

Dokumen itu terang-terangan menunjukkan bahawa pihak pengurusan kem PERLU menyeksa tahanan dari segi fizikal dan cara psikologi. Selain itu, di dalam dokumen itu tertulis strategi kerajaan China untuk mengurung kaum minoriti di mana kebanyakannya adalah Muslim.

Antara isi kandungan dokumen itu adalah: 

  • Pemikiran dan bahasa percakapan tahanan perlu diubah.
  • Tingkatkan kawalan dan hukuman
  • Utamakan pembelajaran bahasa Mandarin
Sumber: Al Jazeera
  • Menara tinjauan, pintu yang menggunakan double-locked serta kamera pemerhatian WAJIB ada untuk elak tahanan melarikan diri
Sumber: WSJ

Menurut salah seorang bekas tahanan di sana, kamera CCTV dipasang di mana-mana dalam kawasan kem tahanan itu.

Kamu tak boleh lari. Tiada kebebasan, Kamera ada di mana-mana. Semua bilik mandi (juga) diletakkan kamera. Kami sentiasa diawasi oleh pengawal.”

– Gulzira, ditahan selama 15 bulan sebelum dibebaskan.

Sumber: TUAA

 

Nama dipilih secara rawak, tak kira status dan usia

Dengan teknologi canggih di China, nama-nama tahanan itu dipilih sendiri oleh komputer. Difahamkan, komputer ini semua akan keluarkan 10,000 nama dalam tempoh 1 minggu. Mereka ini semua kemudian disoal siasat dan ditahan, termasuklah pelajar universiti atau ahli parti.

Sumber: HKCTU

Bukan itu saja, kerajaan China didakwa mengarahkan lelaki daripada kaum Han untuk meniduri wanita yang bersendirian selepas suami mereka dimasukkan ke dalam kem tahanan.

 

Semua tingkah laku ditentukan

Sumber: Messy Politics

Kamu hanya boleh diduduk bila mereka beri arahan. Hanya boleh tidur bila mereka suruh tidur. Setiap wanita hanya diberi 2 minit untuk ke tandas. Jika lambat, mereka akan ketuk belakang kepala kamu dekat kayu elektrik.”

– Gulzira

Seperti kita semua sedia maklum, tahanan juga dikatakan tidak boleh mempunyai janggut, tidak boleh memiliki Al-Quran, sejadah atau barangan berkaitan agama serta macam-macam lain. Mereka juga hanya dibenarkan mandi sekali atau dua kali sahaja dalam masa seminggu selain turut dipaksa murtad dan menyanyi lagu Parti Komunis.

Sumber: CNN
Sumber: Twitter

Kami kena minta kebenaran pegawai jika mahu ke tandas. Hanya diberikan 10 minit dalam setiap satu jam untuk ke tandas.”

– Gulbakhar Jalilova, bekas tahanan

 

Macam-macam cara membunuh

Menurut satu portal, mereka yang ditempatkan dalam tahanan itu memang bersedia mati bila-bila masa saja. Mana tidaknya, salah sikit pun mereka didenda dengan kejam.

Bekas tahanan, Gulbakhar Jalilova berkata wanita di dalam tahanan itu tidak terlepas daripada diseksa dengan kejam termasuklah diracun dan dibunuh dengan suntikan.

Ada rakan bilik saya pengsan selepas dibelasah dengan teruk. Ada juga yang ‘ditidurkan’…. dia dibunuh dengan suntikan. Dia disuntik dan badannya masih panas sementara wanita lain diarahkan untuk cuci badannya. Dia mati begitu saja di depan saya.”

Tonton video pendedahan di bawah:

It’s another Holocaust, no doubt…

Baca: “Media China memanglah kata tipu” – Uighur Yang Dikhabarkan Hilang, ‘Ditemui’ Hidup Seperti Orang Normal?