in

Pendedahan Baru: Wanita Uighur Dipaksa ‘Join’ Program Tidur Bersama Lelaki Pilihan Komunis

Collage 52

Tak cukup dengan segala penindasan yang dilakukan kerajaan China terhadap etnik Uighur, Parti Komunis ini sering cari jalan untuk hapuskan golongan minoriti di Xinjiang.

Baru-baru ini, seorang pegawai kerajaan China telah memberikan pendedahan terbaru mengesahkan kewujudan program yang dikenali sebagai ‘Dijodohkan dan Menjadi Keluarga.’

Laporan dari news.com.au mengatakan lelaki China dari etnik Han diarah mengawasi rumah wanita Uighur ketika suami mereka ditahan pihak berkuasa.

Bukan tu je, dengan menggunakan alasan ‘mempromosikan perpaduan etnik’, lelaki etnik Han yang merupakan ateis ini juga diarahkan untuk tinggal dan tidur sekali dengan wanita Uighur.

Seorang aktivis, Rushan Abbas mengatakan, ini adalah sebahagian dari usaha Parti Komunis China bagi menghapuskan identiti etnik Uighur.

25De727803F5F157D7Ed91E7E41B2B8E
Sumber: news. Com. Au

Ia merupakan rogol secara besar-besaran. Kerajaan menawarkan wang, rumah dan pekerjaan kepada lelaki Han untuk datang dan ‘berkahwin’ dengan wanita Uighur.”

“Wanita Uighur atau keluarga mereka tak boleh menolak perkahwinan tersebut kerana mereka akan dianggap sebagai ekstremis Islam kerana enggah berkahwin dengan ateis Han. Mereka tiada pilihan.

“Sudah bertahun-tahun lelaki Han berselindung di sebalik perkahwinan itu. Mereka merogol wanita Uighur. Penindasan ini hanya disedari media kira-kira setahun lalu.”

Emyzg3Mxyaapeeg
Sumber: twitter

Menurut pegawai kerajaan China ketika ditemubal, dia mengatakan biasanya seorang dua tidur sekatil tapi jika cuaca sejuk, tiga orang akan tidur bersama. Sekarang juga, jika wanita tidur dengan saudara lelaki pasangan mereka, ia dianggap normal.

Pegawai ini juga berkata yang lelaki-lelaki Han yang juga pegawai Parti Komunis ini tak pernah ambil kesempatan terhadap wanita Uighur.

Emxfbcqx0Aad3Ta
Sumber: twitter

Namun, Rushan mengatakan yang ia adalah satu pembohongan kerana ramai wanita Uighur yang hamil.

Kalau korang nak tahu, kekejaman terhadap etnik Uighur ni dah pun berlaku sejak beberapa dekad yang lalu, tapi selepas pemerintahan Xi Jinping, kekejaman ini meningkat secara mendadak. Kerajaan Xi didakwa sedang berusaha untuk jadikan China sebagai negara bebas agama dan Islam menjadi sasaran utama mereka.

 

Baca: “Nazi zaman moden” – 10 Krisis Xinjiang, China Yang ‘Tak Masuk Akal’. No 6 Paling Tak Boleh ‘Brain’

Screenshot 2019 12 23 At 10.56.00 Am