in

“Media China memanglah kata tipu” – Uighur Yang Dikhabarkan Hilang, ‘Ditemui’ Hidup Seperti Orang Normal?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni, kita semua terus menerus dapat update tentang kekejaman China terhadap umat Islam Uighur di Xinjiang.


Di media sosial pula, kempen atas talian “mencari Uighur yang hilang di China” sedang giat dijalankan. Para saudara-mara yang tinggal luar dari China giat memuatnaik gambar-gambar ahli keluarga mereka yang hilang selepas dipanggil untuk menghadiri “pusat latihan pendidikan vokasional”.

Sumber: The France 24 Observers

Ekoran dari ini, beberapa wartawan untuk Global Times China (GT) telah melawat Xinjiang untuk mencari orang-orang yang dilaporkan hilang tersebut.

Menurut GT, orang-orang yang dikatakan hilang ini mereka temui sedang menjalani kehidupan normal di Xinjiang dan “orang hilang” ini telah mengecam orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan identiti mereka untuk masuk campur dengan urusan dalaman China dan meminta agar dorang tak diganggu.

Bukan itu saja, GT juga turut mendakwa individu-individu yang bertanggungjawab mencemarkan nama China ni kebanyakan dari mereka adalah ahli golongan pemisah dari Timur Turki dan mereka telah mencuri gambar dan maklumat etnik Uighur untuk menyebarkan khabar angin pada media luar negara.

Dorang semua hidup macam orang normal dan di landasan yang betul lepas graduate dari pusat latihan

Sumber: GT

Wartawan GT mengatakan yang mereka telah berjumpa beberapa orang yang dikatakan hilang itu dan mendapati individu-individu tersebut telah pun pulang ke rumah sejak berbulan-bulan lalu dan hidup seperti orang biasa selepas graduate dari pusat latihan.

Antaranya adalah Ruzi Memet Atawulla, 23, yang kini dikatakan bekerja di kilang kasut di Hotan. Pada 2017, dia telah menghadiri pusat latihan selepas dia dipengaruhi dengan pemikiran ekstrem. Ruzi dikatakan telah graduate pada April 2018 dan mula bekerja di kilang tersebut.

Ruzi juga turut memberitahu GT bahawa semua rakan kelasnya telah habis belajar dan kini dah pun mendapat pekerjaan.

Ruzi dikatakan tinggal bersama keluarganya disebuah rumah yang dibina dengan bantuan kerajaan dan keluarganya tanam sayur-sayuran yang turut membantu mereka untuk mendapat pendapatan lebih.

Ruzi juga sedih bila abangnya yang telah join kumpulan pemisah Turki Timur ini mengada-adakan cerita tentang kehilangannya dan menyerang polisi negara.

Abang, kau kata kau nak study dekat luar negara, tapi sekarang kau join kumpulan pemisah dan serang polisi negara kita. Cukup-cukuplah tu, ayah kita dah tua dan kami semua merindui abang.”

“Saya tak hilang”

Sumber: GT

Seorang lagi lelaki Uighur, Tayir Ablat telah menafikan yang dia hilang dan mengatakan dia kini bekerja di sebuah restoran di Liangxing dan telah pun naik pangkat menjadi seorang pengurus.

Pada 10 Desember lalu, seorang lelaki telah memuatnaik tiga gambar Tayir mengatakan yang sepupunya ini hilang di Xinjiang.

Tayir menafikan yang dia mempunyai saudara atau kawan yang tinggal di luar negara. Dia merasakan, kumpulan pemisah telah mengambil kesempatan dengan maklumat yang mereka ada untuk memburuk-burukkan China.

Saya tak hilang, saya hidup dengan baik di sini dan saya mempunyai pendapatan yang bagus.”

Media China menipu?

Sumber: China Briefing

Macam yang korang tahu, China mempunyai Great Firewall of China (GFW) yang berfungsi untuk mengawal internet secara domestik sekali gus menghadkan laman web dari luar negara dan memperlahankan trafik internet merentas sempadan.

China juga terkenal dengan negara yang tak mempunyai hak kebebasan bersuara dan mengawal segala aktiviti di Internet dengan hanya membenarkan penduduknya akses internet dari China saja seperti WeChat.

Dorang juga melimitasi dan memantau media seperti, TV, radio dan akhbar mereka. Jadi, tak peliklah kalau media-media di sana hanya keluarkan cerita yang baik-baik je pasal kerajaan dorang kan?

Bila fikir balik, tak lama dulu media kita pun macam tu jugak… Huhuhu

 

Baca: “Ya Allah, berilah kemudahan pada saudara Uighur kami” – Lepas Ozil, Khabib Pula Bersuara Menyokong Etnik Uighur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.