Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah terlibat dalam rancangan siaran langsung bersama Ustaz Don dan beberapa artis lain yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat haji.
Ia merupakan program yang bagus sebab beri macam-macam info tentang haji di musim pandemik ni, namun tup-tup di media sosial viral pula gambar yang memperlihatkan aksi Ustaz Don dilihat seperti melakukan ‘sembah hormat’ kepada Dr Zulkifli yang dirakam lensa kamera.
“Kenapa dia macam sembah?”
Foto tersebut kemudian viral di Twitter dan telah menjadi perbualan hangat netizen di mana kebanyakannya bertanya apakah rasional di sebalik perlakuan Ustaz Don tersebut.
Namun ada juga yang mengatakan Ustaz Don berbuat demikian kerana dia tidak boleh salam Dr Zulkifli dan perlakuan itu dibuat untuk menunjukkan tanda hormatnya kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.
“Ia cuma gambar kandid diambil jurugambar”
Susulan menerima beberapa komen negatif berkenaan gambar tersebut, pihak admin page Dr Zulkifli kemudian menjelaskan bahawa gambar tersebut tidak memberi apa-apa makna dan ia cuma gambar kandid yang diambil jurugambar ketika rancangan itu berlangsung.
Walau bagaimanapun, pihak Menteri Agama telah membuat permohonan maaf kepada Ustaz Don Daniyal berkenaan isu gambar tersebut sebab ia telah memberi impak negatif kepada pendakwah terbabit.
https://www.facebook.com/100044315565310/posts/368516374635545/?d=n
Harapnya isu ini tidak diperbesarkan susulan penjelasan yang diberikan oleh menteri agama.
Baca: “Takut Allah atau Takut Covid-19?” – Dr Zulkifli