in

“Takut Allah atau Takut Covid-19?”- Dr Zulkifli

Jjn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan wabak Covid-19 yang semakin ganas menyerang manusia, banyak tempat yang terpaksa mengehadkan penggunanya termasuklah jemaah-jemaah masjid dan surau yang selalu menunaikan solat fardhu di tempat beribadah itu.


Ada tau sesetengah orang yang ragu-ragu boleh ke solat jemaah tapi jarak-jarak? Bukan patutnya kena rapatkan saf ke?

Semalam, rancangan Forum Hal Ehwal Perdana yang mengupas isu berkaitan Covid-19 dan Islam berlangsung pada jam 9 malam di TV1 yang disertai oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selama 1 jam 30 minit dengan merungkai beberapa persoalan.

E29Ufecuuaq01Yl

 

Takut Allah atau takut Covid-19?

Forum yang diberi tajuk “Takut Allah atau Takut Covid-19?” itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta dihadiri oleh semua para Ashabus Mufti seluruh Malaysia secara virtual sebagai satu sokongan padu dan penuh oleh para ulama dan Mufti.

Di awal rancangan itu, Dr. Zulkifli menerangkan perbezaan antara takut pada Allah, makhluk dan Covid-19.

“Takut pada Allah adalah dengan buat suruhan-Nya. Takut pada makhluk adalah dengan jarakkan diri daripadanya. Takut pada Covid-19 adalah dengan duduk rumah dan patuh arahan.”

E296Fokviaau Z1

 

Lebih baik mencegah

Dr Zulkifli menjelaskan bahawa usaha yang kita buat untuk cegah Covid-19 itu dikira sebagai ikhtiar dan bukannya syirik.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati.”

Setiausaha Agung Akademi Fiqah Islamik Antarabangsa juga telah bersepakat dengan semua badan berautoriti fatwa sedunia bahawa dalam kita takut pada Covid-19, kita tetap takut Allah dan sebab itulah para Mufti tak pernah halang untuk beribadah. Yang penting, patuh SOP.

E296Foiuuaivlc2

 

Boleh ke solat jemaah tapi jarak-jarak?

Hukum rapatkan saf itu cuma sunat muakkad dan tak wajib. Syeikh Hassan Walad Dedew sudah hukumkan wajib jarakkan saf bila ada risiko. Tapi penjarakan ini buatkan bilangan jemaah terhad dan ruang jadi sempit.

“Niat untuk hidupkan solat jemaah di rumah. Hati tetap di masjid. InsyaAllah dapat pahala.”

Fatwa penjarakan fizikal solat dan had masjid serta surau ini adalah kata sepakat ulama sedunia tau bukannya dekat Malaysia sahaja.

E296Fomveakiz8V

Bgaus rancangan macam ni. Harapnya lagi banyak rancangan berilmiah macam ni dihasilkan untuk educate rakyat kita.

 

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Baca:”Mereka dapat hidupkan amalan2 masjid”- Zul Yahya Sarankan Pesakit Covid 19 Islam Dikuarantin Di Masjid

Capture 11

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.