Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai latar belakang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang dilantik sejak Disember 2025, Dr. Zulkifli Hasan. Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau tampil secara rendah diri berkongsi perjalanan hidupnya dari seorang anak kampung hingga kini memegang jawatan portfolio keagamaan negara.
Beliau membesar di rumah sederhana di FELDA Sungai Behrang, Perak, hasil titik peluh almarhum ibu bapanya yang menyara keluarga dengan menoreh getah serta mengajar anak-anak mengaji Al-Quran.
Artikel berkaitan: “Sah tapi berdosa” – Menteri Agama Perjelas Risiko Besar Tunai Haji Tanpa Visa
Artikel berkaitan: “Saya tak pernah kata hukuman tidak perlu” – Menteri Agama Respon Kecaman ‘Pandang Sebelah Mata’ Isu Pijak al-Quran
Namun, di sebalik kesederhanaan itu, beliau memegang ijazah PhD dalam bidang Kewangan Islam dari United Kingdom dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kewangan Islam.
View on Threads
Kerjaya dan pengalamannya turut melangkah jauh ke peringkat antarabangsa apabila pernah berkhidmat di Dubai International Financial Centre serta Fordham Law School di New York, selain memegang portfolio sebagai pensyarah, Dekan dan Timbalan Rektor di universiti.
Beliau juga aktif dalam misi kemanusiaan di kawasan bergolak seperti Gaza, Syria, dan Turkiye, serta telah menerbitkan lebih 30 buah buku dan ratusan artikel akademik.
Mengakhiri perkongsiannya di Threads dengan ucapan “Hadza min fadhli Rabbi”, Dr. Zulkifli menegaskan bahawa segala kejayaannya adalah atas sokongan keluarga dan guru-guru, sekali gus membuktikan latar belakang keluarga yang sederhana bukanlah penghalang untuk berjaya di pentas dunia.
Sumber: Threads
