“I want to live with him till the end of my life” – Rihana Buat Kejutan Lagi, Muat Naik Video Temuramah Eksklusif di Instagram

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setelah beberapa siri posting Instagram dimuat naik Rihana Oksana Gorbatenko mengenai hubungannya dengan Sultan Muhammad V menimbulkan persoalan ramai, kali ini Rihana sekali lagi membuat kejutan.

Menerusi posting Instagram terbarunya, Rihana memuat naik video temuramah eksklusif yang memaparkan kehidupannya dengan Sultan Kelantan tersebut. Posting ini pulak dibuat sehari lepas Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan tiada sesiapa boleh digelar sebagai Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi. Uish! 

Sumber: Instagram

 

“Saya ingin hidup bersamanya hingga ke akhir hayat” – Rihana 

Menerusi sedutan wawancara eksklusif tersebut, Rihana memberitahu bahawa dia amat mencintai suaminya dan berusaha akan melakukan yang terbaik untuk hubungan mereka.

Manakala Sultan Muhammad V pula berkata,

“Keutamaan dalam keluarga mestilah anak kita sendiri. Ini kerana merekalah yang bakal meneruskan legasi keluarga ..

“2 perkara lain yang penting bagi saya ialah passion dan understanding…”

Berikut video penuh sedutan tersebut:

View this post on Instagram

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

 

“Aku confused, bukan semalam pihak istana and all papers cakap benda lain ke?” 

Sedutan video tersebut telah menimbulkan kekeliruan netizen ramai setelah ramai yang mendengar berita mengenai perceraian pasangan ini beberapa hari lepas. Tambah-tambah pulak, Istana Kelantan pun siap keluar kenyataan lagi pasal penggunaan ‘title’ Raja Perempuan Kelantan tu. Aish makin pening! 

Sumber: Instagram

 

“Yang korang gigih dok hentam dia tu dah kenapa??” 

Sumber: Instagram

Apa-apapun admin rasa dalam hal ini, kita tunggulah pengumuman rasmi daripada pihak Istana Kelantan sendiri. Kita janganlah buat lebih banyak spekulasi sebab sekarang ni kita sebagai rakyat pun tengah keliru yang mana satu betul dan tak betul kan? 

Baca: Istana Kelantan Murka Dengan Pemilik Instagram Rihana Petra, Pemilik Dakwa Anak Dilahirkannya Bakal Putera Mahkota Kelantan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!