in

“I need help” – Caprice Mohon Bantuan, Tak Sanggup Tengok Isteri Kena Buatan Orang

ISTERI CAPRICE DISIHIR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana suami akan sedih dan risau apabila isteri kesayangan ditimpa perkara buruk terutama sekali apabila ia melibatkan buatan orang. Ramai yang masih guna sihir ya untuk ganggu rumah tangga orang!

Dulu isteri diganggu, kali ini disihir pula!


Selepas membuat pendedahan tentang gangguan mesej daripada lelaki tidak dikenali, rumah tangga penyanyi rap, Caprice diuji lagi apabila isterinya, Farra Inalis berdepan sihir sehingga jatuh sakit dipercayai akibat perbuatan khianat dan rasa tidak puas hati individu tertentu, lapor Kosmo!.

text

Dah cuba macam-macam rawatan, isteri masih belum pulih

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, setakat ini mereka sudah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk kaedah rawatan alternatif dan jumpa dengan beberapa ustaz namun Farra masih belum menunjukkan tanda positif.

Caprice juga menambah jika sebelum ini, dia berfikir bahawa selepas kahwin tentu ujian akan lagi berkurangan. Namun, di sebalik dirinya yang kelihatan gembira, dia mengakui sejak 7 bulan yang lalu, banyak benda baharu yang kena diuruskan.

Penyanyi rap ini turut memberitahu di Instagramnya @capricedaddycap yang isterinya masih diganggu dengan 3 orang lain yang berani menghubunginya tengah-tengah malam. Dia turut mempersoalkan mengapa ramai yang tidak puas hati dengan isterinya

https://www.instagram.com/p/CeMRfuMBb4O/

 

Dalam perkongsian video sama, usahawan tersebut dilihat memegang tangan Farra yang sedang tidur sambil memasang ayat Al-Quran dan ruqyah bertujuan sebagai penenang.

5

Caprice turut meluahkan kepenatan melayani satu persatu perkara seumpama itu yang melanda kehidupan mereka dan turut meminta pertolongan ramai.

“Terus-terang, saya sudah sangat penat. Nak hadam bisnes dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Lepas itu, sambung dengan benda bukan-bukan sampai pukul 3 hingga 4 pagi. Saya perlukan bantuan,” – Caprice

Dia juga tidak memperincikan lebih lanjut mengenai keadaan atau tahap kesihatan terkini insan kesayangannya itu.

Semoga Caprice bersabar dengan ujian yang diterima dan isterinya cepat pulih ya!

Baca: “You’re f***ing stupid bro” – [VIDEO] Caprice Beri Amaran Kepada Lelaki Kacau Isterinya Tengah Malam

bawah 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.