in

“You’re f***ing stupid bro” – [VIDEO] Caprice Beri Amaran Kepada Lelaki Kacau Isterinya Tengah Malam

Caprice Marah Lelaki Kacau Isteri

Mana-mana lelaki yang mempunyai isteri pastinya sakit hati apabila ada lelaki lain cuba mengganggu isterinya dengan menghantar mesej yang bukan-bukan di tengah malam.

Perkara inilah yang berlaku kepada rappers terkenal, Caprice apabila dia memuat naik video di Instagram meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang individu yang didakwa telah mengganggu isterinya, Farra Inalis.

 

“Jangan main gila” 

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34 menunjukkan butiran mesej yang diterima isterinya dari seorang lelaki bernama Najib.

Lelaki tersebut didakwa menghantar mesej seperti, “Elis, I like your selfie” di tengah malam yang mana telah mencetuskan kemarahan Caprice.

https://www.instagram.com/p/Cd3dmi0BTRW/

Menurutnya, dia tidak kisah kalau orang mahu membencinya namun Caprice menganggap seseorang itu telah melanggar batas apabila dia mengganggu anak dan isterinya.

So Najib, awak ada 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan. 

“First when you texted my wife, kita fikir mungkin mamat ni memang gila. So we gave him a warning for this guy to not to kacau my wife again,” katanya.

Pun begitu, lelaki itu menurutnya telah menghantar satu lagi mesej, “Huhh comeynya” yang membuatkan Caprice bertambah marah.

 

“Bini orang mat…” 

Posting tersebut mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata mengecam lelaki itu dan menyokong tindakan Caprice dalam melindungi isteri dan anaknya.

Block Je

Jangan buat main ye dengan bini orang tu. Nasib baik Caprice relax je walaupun tengah marah tu. 

Baca: “Real or fake?” – Viral Isu Mona Allen Kena Cekik, Caprice Tampil Beri Komen

Cap Daddy

Sumber: Instagram