in

Individu Yang Sukarela Nak Jadi Penerima Vaksin Covid-19 Boleh Daftar Di MySejahtera Mulai Mac Ini

Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang berminat untuk menjadi penerima vaksin Covid-19 boleh membuat pendaftaran bermula Mac ini. Ia dilaksanakan dengan konsep sukarela.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, terdapat 5 kaedah pendaftaran yang boleh dibuat, antaranya ada menerusi aplikasi MySejahtera.

 

Sekiranya tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu depan.”

Selain itu,  talian hotline (nombor ditetapkan kemudian) juga boleh dilakukan dan akan ada,pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta.

“Jika berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas.”

Katanya lagi,  vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan hadapan, menerusi Berita Harian.

“Saya terima banyak permohonan supaya ditakrifkan (pemohon) sebagai frontliners namun kita akan menilai setiap permohonan.”

“Saya boleh sahkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah orang pertama yang akan menerima vaksin Pfizer, dan kemudiannya Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan lain-lain lagi. Menteri-menteri kemudian sikit,” katanya.

Sebelum ini,  Tan Sri Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

 

Baca : KJ Sahkan PM Bakal Jadi Orang Pertama Terima Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.