in

“HR suruh sign” – Diberhentikan, Tapi Syarikat Buat Surat Seolah-olah Pekerja Sendiri Yang Minta Resign

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, ramai yang kehilangan pekerjaan selepas majikan masing-masing terpaksa membuat keputusan untuk mengurangkan pekerja demi kelangsungan syarikat.



Malah, lebih menakutkan ada juga syarikat yang terpaksa berkubur sepenuhnya.

Bak kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita semua berdepan dengan unprecedented situation — namun ia bukan alasan untuk majikan mengambil kesempatan ke atas pekerja mereka.

Macam nasib yang menimpa seorang pemuda ini, habis buntu dibuatnya apabila dia diberhentikan oleh syarikat — tapi syarikat buat surat, seolah-olah pekerja sendiri yang minta untuk resign. Pelik kan?

Perkara itu dikongsikannya kepada seorang pengguna Twitter @InjangNation, bagi meminta bantuan dan pendapat apa yang harus dilakukannya apabila majikan bertindak sedemikian rupa.

Injang1

Injang2

Rata-rata pengguna Twitter lain yang mengikuti perkongsian itu, turut memberi pendapat mereka. Ada yang berkata, pemuda tersebut tidak perlu menandatangani surat tersebut dan terus saja buat aduan ke pejabat buruh atau jabatan tenaga kerja.

Injang5

Injang6

Namun malangnya, surat perletakan jawatan tersebut sudah pun ditandatangani. Lelaki itu mendakwa, ia atas arahan bahagian sumber manusia sendiri.

Injang4

Apa pun, ramai juga pengguna lain yang memberi nasihat dan meminta lelaki tersebut berhubung dengan mereka secara persendirian untuk bantuan lanjut.

Rupanya, ada juga yang pernah ada pengalaman berdepan dengan syarikat seumpama ini. Sebab itu penting untuk setiap pekerja ambil maklum mengenai hak-hak mereka, agar majikan tidak boleh sesuka hati mengambil kesempatan ke atas mereka.

Kita doakan yang terbaik untuk sesama saudara ya. #KitaJagaKita kan?

 

Baca: Gaji RM1.8k Dan Pulang Pukul 10 Malam Setiap Hari, Jurutera Ini ‘Basuh’ Majikan Melalui Email

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.