Usahawan dan pempengaruh Syida Melvin kini sedang menjadi tumpuan netizen selepas dia meluahkan rasa kecewa akibat dianiaya dan dizalimi oleh seorang individu yang dikenali sebagai SS.
Dalam beberapa hantarannya di Instagram Story, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini mendedahkan dirinya dizalimi dalam perniagaan yang didirikannya bersama suami, malah dia juga diperlakukan seperti seorang pengemis dalam syarikat yang menggunakan modal daripada wangnya sendiri.
Artikel berkaitan: “Ni bab* ke lipas?” – [VIDEO] Lipas Tiba-Tiba Terbang Depan Muka, Syatilla Melvin Lari Lintang Pukang Macam Nampak Hantu
Artikel berkaitan: “Bingit woi” – [VIDEO] Ramai Berdekah Tengok Syatilla Melvin Jawab Soalan ‘Suami Bayarkan Barang Shopee’
“Kena tanggung banyak hutang, tak bagi lepas bayaran guna wang syarikat”
Luah Syida, dia sanggup korbankan harta peribadi demi memastikan perniagaan mereka beroperasi dengan baik sampaikan sanggup tidak mengambil gaji selama beberapa bulan demi kestabilan syarikat.
Bagaimanapun, hatinya hancur apabila mendapati bahawa segala pengorbanan yang dilakukan itu dibalas dengan khianat dan ditindas oleh individu yang bersikap narsistik itu.

Bukan itu sahaja, Syida juga meluahkan bahawa SS enggan melunaskan tunggakan hutang yang didaftarkan atas namanya.
Bahkan, SS juga didakwa bersenang -lenang di rumah kelamin miliknya tanpa sebarang bayaran sedangkan Syida terpaksa menanggung beban dan terpaksa menumpang rumah keluarga.


Lebih kejam lagi, Syida mendakwa SS tergamak membuat laporan palsu kononnya buku cek milik syarikatnya hilang, sedangkan ia ada di tangan Syida dengan tujuan mahu menghalang Syida daripada mengeluarkan wang untuk menyelesaikan hutang syarikat.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Syida Melvin telah memfailkan cerai terhadap suaminya Syafiq Azim Shaheen di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember lalu.
Sumber : Threads
