Hilang Isteri Masa Tsunami 2004, Doa Suami Termakbul Lepas 14 Tahun Jumpa Jasad Secara Tak Sengaja

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau sebut pasal tragedi tsunami di Anyer baru-baru ni, korang mesti teringat akan bencana alam terburuk yang pernah menimpa Acheh pada tahun 2004 lepas. Ratusan ribu meninggal dunia dan ratusan lagi tak ditemui jasadnya.

Namun hajat seorang lelaki yang ingin bertemu semula dengan isterinya lepas 14 tahun terpisah akhirnya menjadi kenyataan apabila jasad wanita itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa lagi pada 19 September lepas. Allahu… sedihnya.

 

“Saya dianggap gila kerana masih mengharapkan keajaiban, tapi siapa tahu dia akan kembali” 

Menurut laman berita Indonesia Okenews, jenazah isteri Taufik Alamsyah iaitu Sri Yunida telah ditemui bersama 45 jasad lain dalam beg mayat di sebuah kubur besar yang tak didaftarkan sebagai kubur mangsa tsunami di  Dusun Lamseunong, Desa Kajhu, Kecamatan Baitusallam, Aceh Besar.

Ya, saya dianggap gila kerana masih mengharapkan keajaiban, siapa tahu dia (arwah isteri) akan kembali. Isteri saya ketika kejadian lari menyelamatkan dirinya bersama keluarga mertua,” kata Taufik.

Sumber: Okenews

Ketika kejadian berlaku, mereka semua hanya mampu berpaut pada dinding rumah supaya tak dihanyutkan arus deras. Namun semuanya sangat menyedihkan apabila Taufik melihat isteri, anak-anak dan keluarga mertua terlepas daripada pautan.

 

Pekerja bangunan temui mayat isteri secara tak sengaja ketika gali tanah 

Lebih mengharukan, jenazah Sri Yunida ini telah ditemukan pekerja bangunan secara tidak sengaja bersama 46 jenazah korban tsunami lain dalam satu liang lahad ketika tukang ni sedang gali tanah untuk pembuangan air perumahan.

Sumber: Okenews

Ketika menerima berita tersebut, Taufik hampir luruh jantung mendengarnya namun dia amat bersyukur sangat sebab penantian selama 14 tahun dah berakhir.

“Selama 14 tahun saya berharap untuk bertemu dengan isteri saya lagi, tidak kisahlah bagaimanapun keadaannya,” katanya lagi.

Sumber: Okenews

Allah itu Maha Mendengar. Alhamdulillah akhir bertemu jugak… 

Baca: Tsunami Krakatau: Kanak-kanak 5 Tahun Selamat Lepas Terperangkap 12 Jam Bawah Sisa Runtuhan Tsunami

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!