in

Hawa Rizwana Dituduh Pilih Bulu, Rocketfuel Tampil Muat Naik Video Penuh Klarifikasi Isu Tular Di MeleTOP

Syaz Ft 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat pengurusan bakat, Rocketfuel Entertainment, tampil memberi penjelasan berhubung hantaran video tular yang menyebabkan personaliti TV, Hawa Rizwana, teruk dikecam netizen akibat didakwa palau anak kepada pelakon Que Haidar, Tengku Ratu Haidar.

Isu berkenaan mula hangat diperkatakan di platform Threads dan TikTok selepas sebuah keratan video behind the scenes (BTS) program MeleTOP tular, memaparkan interaksi beberapa personaliti di atas pentas sebelum siaran berlangsung.


Artikel berkaitan: “Dia berjudi korang tutup sebelah mata” – Syamimia Menangis, Netizen Dituduh ‘Pilih Bulu’?

Artikel berkaitan: “Ini bukan sekadar gimik” –  Pengurus Dedah Siti Nurhaliza Guna Teknologi ‘Toaster’, Papar BTS Di Sebalik Lompatan Viral

Menerusi video yang disunting itu, sebahagian pengguna media sosial mendakwa Hawa Rizwana seolah-olah mengabaikan Ratu sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati netizen yang mendakwa wujud sikap ‘pilih bulu’ dan amalan buli.

Cats 4

Sedar akan kecaman yang semakin banyak melanda Hawa Rizwana, pihak Rocketfuel Entertainment menerusi kenyataan rasmi di akaun Threads milik mereka mengesahkan mengambil maklum mengenai isu terbabit.

Pihaknya menegaskan bahawa keratan video yang tersebar sebelum ini telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga memberikan gambaran yang salah dan tidak komprehensif mengenai situasi sebenar.

 

View on Threads

 

Bagi membersihkan nama Hawa Rizwana serta menjelaskan keadaan sebenar, Rocketfuel menyertakan rakaman video penuh tanpa sebarang suntingan sewaktu rakaman di set MeleTOP berkenaan.

Menerusi perkongsian video penuh terbabit, jelas kelihatan suasana persekitaran serta interaksi antara Hawa Rizwana, Ratu, dan selebriti lain sebenarnya berada dalam keadaan mesra, profesional, serta tiada sebarang unsur ‘pilih bulu’ seperti yang difitnah.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.