in

“Duk sebar dakyah rebus bunga cengkih” – Farahanim Dedah Jiran Artis Nama RR & LL Antivaksin, Rita Rudaini Tempelak?

Ft Ritaantivax

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan terkejut kalau ada orang terdekat dalam hidup korang macam ibu bapa, adik beradik, kawan atau kenalan lain yang sebenarnya selama ini tak dedahkan mereka tu anti vaksin.


Seperti pengacara, Fara Hanim Razak yang telah berkongsi satu tweet mendedahkan bahawa dua jirannya yang merupakan golongan selebriti merupakan geng anti vaksin. Siapakah?

Menerusi tweet tersebut yang kini telah pun dipadam di Twitter, Fara Hanim turut memberikan klu huruf pangkal kedua-dua artis tersebut. Katanya,

Cuba teka siapa jiran-jiran saya yang antivaksin? 2 pelakon start with RR & LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih….”

Fara

Tweet tersebut telah mendapat perhatian dan menimbulkan tanda tanya ramai netizen di mana ada segelintir yang tampil meneka siapakah gerangan dua selebriti tersebut yang berjiran dengannya itu.

Terpanggil untuk menjawab dakwaan itu, Rita Rudaini melalui Instagram telah menempelak kenyataan itu dan melalui status panjangnya dia berkata seharusnya sebagai jiran Fara Hanim tidak seharus memandang serong terhadap orang lain walaupun berkenaan hal vaksin.

Beginikah sikap seorang muslimah.. Orang muslim… Datang la jumpa depan depan. Bukan tak pernah sembang pun kan.”

Sisturr pon  tak pernah tulis sisturr antivax ?.. Pastu? Sisturr nak rebuih rumput ka, nak rebuih taik ka…itu sisturr punya pasal la.. Tak pernah kacau hidup org pon…”

Eh nampak sangat tidak bijak,pasal vaksin saja pon nak pandang serong kat orang… Islam plak tu…ayooo orang mcm ni takleh buat jiran…suka cakap belakang.”

Bagaimanapun, semalam secara kebetulan menerusi satu tweet dari seorang netizen, dia telah meluahkan rasa kecewa terhadap Rita Rudaini yang merupakan seorang selebriti namun telah berkongsi di Instagram story sedang merebus bunga cengkih.

Memandangkan Rita seorang selebriti dan ada pengaruh, netizen itu menzahirkan kerisauan jika ramai pengikutnya akan percaya dengan teori bunga cengkih tersebut.

Cengkih1

Apa apa pun harap dua jiran ini dapat selesaikan perkara ini dengan baik dan tidaklah bermasam muka serta tidak bertegur sapa…

Baca: [VIDEO] Uyaina Arshad Minta Rakyat Henti Tuding Jari Salahkan Selebriti & Golongan Kayangan Punca Kes Covid-19 Naik

Cats 86

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.