Anak kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin tidak berdiam diri apabila ada yang kaitkan kejayaan itu dengan bapanya, pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Menerusi TikTok, Airit ada membuat hantaran dengan memuat naik gambarnya demi meraikan pencapaiannya yang berjaya mencatat rekod baharu bagi acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mewakili pasukan Selangor.
Artikel berkaitan: “Kalau kejujuran ini membuat anda kurang senang saya terima, tidak mahu menjadi selain diri saya sendiri” – Rita Rudaini
Artikel berkaitan: “;MashaAllah” – Anak Rita Rudaini Solat Tepi Mesin ATM Di UK Tarik Perhatian Netizen
“Siapa tu tak kenal”

Di ruangan komen, ada yang sifatkan bahawa kejayaan yang diraih oleh Airit ini banyak dipengaruhi oleh didikan Aidil Zafuan.
Airit bagaimanapun tidak berdiam diri namun dia dilihat tidak melatah dalam memberikan respon, sebaliknya menyatakan bahawa dia tidak mengenali siapa individu yang dimaksudkan.

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini ada meluahkan rasa bangga terhadap anaknya yang berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar dan menegaskan bahawa kejayaan itu tidak ada kaitan dengan bekas suaminya kerana dia telah membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung dengan bantuan bekas suami.
Sumber : TikTok
