in

Hasrat 3 Beranak Mohon Bantuan Baitulmal Punah, Motosikal Terbakar Dalam Perjalanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita fikir ujian yang kita alami ini sudah cukup susah, rupa-rupanya ada lagi insan di luar sana yang berhadapan dengan dugaan 1000 kali lebih susah daripada kita.


Baru-baru ini, hasrat seorang lelaki Orang Asli yang sedang dalam perjalanan untuk buat permohonan daripada Baitulmal Johor punah apabila motosikal yang dinaikinya rosak dan terbakar dekat laluan Plaza Tol Senai, Johor Bahru semalam. 

Menurut Harian Metro, kebakaran itu katanya berpunca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal tersebut.

Lelaki berusia 30-an bersama dua orang anaknya yang berusia enam dan lapan tahun itu juga katanya tersesat ketika dalam perjalanan menuju ke Baitulmal bagi memohon bantuan. Allahu kesiannya… 

Pun begitu, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh seorang anggota dari Balai Polis Senai, Korporal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu sedang bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai.

“Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walau bagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut,” katanya.

Namun syukurlah kebakaran tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada tiga beranak tersebut.

Berita ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib lelaki tersebut bersama dua anaknya. Ramai yang ingin menghulurkan bantuan namun tiada info lanjut berkenaan lelaki tersebut.

Kalau sesiapa ada info lanjut berkenaan mangsa, bolehlah nyatakan di ruang komen. Sama-sama kita bantu. 

Baca: Tular Gambar Lelaki Duduk Bersila Tepi Jenazah, Rupanya Menantu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Motosikal

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.