in

Tular Gambar Lelaki Duduk Bersila Tepi Jenazah, Rupanya Menantu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Motosikal

Mentua Menantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial sebuah gambar yang menunjukkan seorang lelaki berbaju biru dilihat duduk bersila di hadapan jenazah akibat kemalangan.


871099

Menurut Sinar Harian, lelaki tersebut rupanya mentua kepada mangsa kemalangan tersebut, Allahyarham Zulhilmi Razali, 26 yang maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Katil awal pagi semalam. 

Roslan Ramlan, 54, iaitu mentua kepada Zulhilmi berkata, menantu yang berasal dari Kampung Chondong, Kelantan bekerja di tempat yang sama dengannya.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, Zulhilmi keluar rumah terlebih dahulu untuk ke tempat kerja dalam jam 6.30 pagi sebelum mentuanya pula keluar kira-kira 10 minit selepas itu dengan menaiki motosikal yang berasingan.

Walau bagaimanapun, ketika melalui lokasi kejadian dia memberhentikan motosikal dan tidak mengesyaki apa-apa namun kemudian terkejut bila melihat tubuh kaku di tengah jalan tersebut merupakan menantunya. Aduhai… 

Walaupun tahu dia dah tiada ketika itu, namun saya tetap membisikkan kalimah syahadah.

“Sementara menunggu jenazahnya dibawa ke Hospital Melaka, saya duduk sebelah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sehinggalah jenazahnya diangkat,” katanya.

871098

Menurut Roslan, menantunya yang bekerja sebagai operator kilang itu baru setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan anaknya, Norhasliza Roslan, 24 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 bulan.

Biarpun sedih dengan kejadian yang menimpa menantunya itu, Roslan bersyukur Allah SWT meminjamkannya seorang menantu yang baik akhlaknya.

871100
Balu mangsa menyiramkan air di kubur suami

“Saya bersyukur dapat menantu yang keluarganya mendidiknya dengan baik dan melayan anak perempuan saya begitu baik sehinggakan pinggan isterinya juga dicuci.

“Walaupun arwah bukan berpelajaran tinggi namun orangnya berakhlak tinggi dan segala kenangannya di rumah pasti akan dirindui,” katanya lagi.

Al fatihah… banyak betul kejadian menyentuh hati berlaku semenjak dua menjak ini kan. 

Baca: “Sebaik jenazah diusung ke ruang tamu, suami beritahu apa berlaku” – Jenazah Siti Surya Selamat Dikebumikan Semalam

Kes Bunuh Siti Surya

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.