in

“Admin pun menangis” – Suasana Hiba Selubungi Pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Saat Tun M Datang Menziarah

Ft Tun M Lawat Pusara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana hiba menyelubungi Pusara Negara, Presint 20 hari ini apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dilihat datang menziarahi pusara cinta sejatinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali pagi tadi.

Manakan tidak, Allahyarham Tun Dr Hasmah pergi setelah sudah 70 tahun mendirikan bahtera perkahwinan bersama Tun Mahathir, pastinya ia memberikan kesan mendalam buatnya.


Artikel berkaitan : “Tak sangka dia boleh meninggal dunia hari ini, keadaan dia baik je sebelum ini” – Tun M

Artikel berkaitan : Bukan Sekadar Nama, MAHA Klinik Saksi Cinta Tun Dr Mahathir Kepada Tun Dr Hasmah

Setelah 4 hari sejak pemergian isteri tercinta, TikTok live Sinar Harian hari ini ada melaporkan Tun Mahathir melawat pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah. Dalam video live tersebut, Tun M dilihat tidak mampu menahan air matanya sewaktu menaburkan bunga di pusara isteri.

Suasa hening menyelubungi seluruh kawasan tanah perkuburan itu sehinggakan kedengaran tangisan wartawan bertugas yang sedang membuat liputan itu.

Bukan sahaja mereka yang berada di kawasan perkuburan itu, netizen yang menonton video tersebut juga turut berasa sebak, terutamanya apabila melihat Tun Mahathir melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Screenshot 2026 10 01 115949 Screenshot 2026 10 01 120455

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.