in

“Harap tak berterusan sikap sombong!” – Minta Maaf ‘Hina’ Orang Miskin Tapi Netizen Anggap Syifa Tetap ‘Taknak Kalah’?

Syifa Apologies

Nampak gayanya kisah tentang Syifa Melvin ini masih berterusan. Bermula dengan krisis bersama teman lelakinya, pemain JDT Safawi Rashid dan TMJ.

Disebabkan isu tersebut, nama Syifa jadi perbualan ramai netizen terutamanya di media sosial. Bila dah viral, netizen pun korek info pasal Syifa dan terjumpa satu video tutorial memakai turban di mana dia dikatakan menghina orang kurang berkemampuan yang tinggal di rumah setinggan dan PPRT.

 

“Automatic nampak mahal walaupun duduk rumah setinggan, PPRT”

Dalam pada tengah melilit selendang nak jadikan turban tu, Syifa sempatlah bagi komen dan promote. Tapi ayat yang digunakan menimbulkan rasa kurang senang dan membuatkan netizen kecam Syifa.

Color dia semua orang kata, color color yang mahal. Kalau korang pakai korang automatic nampak mahal walaupun korang duduk rumah setinggan, rumah PPRT.”

https://twitter.com/nraissafika/status/1235286077168128000

 

Buat video mohon maaf di IG

Walaupun ada buat penjelasan ketika ditanya seorang wartawan tapi semalam Syifa sendiri ada buat permohonan secara terbuka di Instagram dia. Kata Syifa, dia tak ada niat untuk menghina orang miskin dan niatnya disalahertikan sesetengah pihak membuatkan perkara ini menjadi fitnah atas dirinya.

Bukan kita gelak sebab tertawakan orang miskin. Sejujurnya niat Syifa, apa yang Syifa maksudkan dalam video tu adalah bila kita memakai material sebegitu, color satin yang sangat rich color, material yang sangat cantik.”

So, kita kat mana pun kita berada, kita akan ada keyakinan diri. duduklah reban ayam sekali pun, bukan kata korang duduk korang penghuni situ. maksudnya korang memang ada dekat tempat tu.”

Takkanlah syifa nak mengutuk nak menghina orang yang tak berkemampuan sebab kami  bukanlah kaya pun.”

Tonton video penuh di bawah:

 

“Tetap nak tegakkan benda yang salah”

Meskipun begitu, ramai netizen berpendapat Syifa ni tetap ‘nak betul’. Iyelah, kata mereka kalau nak minta maaf tu cakap straight forward je tapi cara Syifa cakap ni seolah-olah dia taknak kalah.

Kata mereka tak perlu pun Syifa nak justify semua benda termasuklah mention pasal reban ayam sebab nampak sia-sia kerana menunjukkan dia masih lagi pandang rendah dekat orang miskin.

Condemn Syifa

Apa-apa pun, moga isu sebegini tak berpanjangan. Apa kata fikir pasal masa depan negara ke kan?

Baca: “Dulu family kau pun miskin!” – Syifa Melvin Kena Kutuk Sebab Ejek Orang Miskin Duduk Rumah Setinggan Dengan PPRT

Syipap

Sumber: Twitter