in

“Macam menyanyi dalam tandas” – Viral Sebab ‘No No Baby’, Persembahan ‘Live’ Denise Chariesta Dikecam Netizen

Syaz Ft 2026 05 08T152531.374

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan influencer penuh kontroversi dari seberang, Denise Chariesta? Kalau sebelum ini dia sering menjadi bualan kerana isu peribadi, kali ni dia menjadi bualan ramai apabila muncul membuat persembahan ‘live’ di sebuah stesen TV terkemuka, Trans TV!

Menerusi hantaran yang tular, Denise dilihat cukup bangga mempamerkan aksi ‘Konser Perdana’ menyanyikan lagu hitnya yang bertajuk “No No Baby” tapi, nampaknya kegembiraan Denise itu tidak bertahan lama bila netizen mula ‘menyerang’ di ruangan komen.


Artikel berkaitan: Perbualan Tidak Senonoh: Model Russia Buat Aduan Polis Terhadap ‘Influencer’

Artikel berkaitan: “Kaki diikat & hanya berlampin” – Serbuan Polis Indonesia Bongkar Pend*raan Kanak-kanak, 13 Individu Ditahan

 

View on Threads

 

Bukan setakat Denise yang dikecam hebat, stesen TV yang menjemputnya pun turut terkena tempias. Ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan pengisian program tersebut sebagai tidak berkualiti dan sekadar mengejar rating.

Cats 4

Lebih parah lagi, ada netizen yang tidak dapat menahan sabar sehingga menyamakan kualiti vokal Denise seperti sedang mengadakan konsert di dalam tandas (WC). Aduhai, pedih betul ni!

1

Malah, ada juga yang hanya mampu mengucap “Ya Allah” melihat gelagat influencer tersebut yang kelihatan begitu yakin (syok sendiri) beraksi di atas pentas walaupun kualiti nyanyiannya diragui ramai.

Denise merupakan seorang usahawan bunga (florist) dan pempengaruh media sosial asal Indonesia yang memang tak pernah lari daripada kontroversi. Sebelum ini, dia tular di media sosial selepas dilihat memarahi anaknya dengan ‘sopan’ menggunakan ayat ‘no no baby’ selepas anaknya menyepahkan barangan di kaunter kedai.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.