Daripada isu hangat bercinta dengan pemain bola sepak, pelakon Syifa Melvin sekali lagi dikecam kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperlekehkan golongan yang kurang berkemampuan.
Berikutan dengan kenyataannya yang kini menjadi bahan kritikan netizen di media sosial, Syifa memohon maaf atas salah faham yang berlaku.
Jauh di hati saya nak menghina”
Menurut Mstar Online, dia mengaku silapnya tetapi langsung tak ada niat untuk menghina mereka yang menetap di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
“Sejujurnya saya bukan nak menghina sesiapa yang duduk di rumah setinggan atau PPRT. Tidak sama sekali dan jauh di hati saya nak menghina”
Katanya lagi, disebabkan berlaku salah faham, Syifa perlu bertanggungjawab. Oleh itu, Syifa memohon maaf kerana tidak berniat untuk kata begitu.
Menurut Syifa lagi, apa yang dimaksudkan itu tidaklah seperti mana yang ditafsirkan oleh netizen.
“Apa yang saya maksudkan adalah mengenai jenis kain dan warna turban itu yang nampak mahal. Di mana saja anda pakai turban itu akan memberikan keyakinan diri.”
Biarpun kenyataannya disalah tafsir, dia mengaku itu adalah salahnya. Dalam pada itu, Syifa berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan dan berhenti buat spekulasi sendiri.
“Nanti menambahkan dosa netizen yang hanya membaca dan menilai daripada tulisan itu sedangkan saya tak bermaksud sebegitu”
Mungkin perumpamaan yang diberikan itu tak betul, jadi sama-samalah kita ambil pengajaran agar berhati-hati dalam melemparkan sebarang kata-kata walaupun hanya bergurau senda.