in

“Happy bila ‘ayah’ diorang sampai” – [VIDEO] Lelaki Ini Belum Sempat Turun Dari Basikal Tapi Kucing Dah Terkejar-kejar Tunggu Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang sudah pasti ada sifat ihsan dan prihatin terhadap makhluk lain especially kepada pencinta haiwan. Tak kisah haiwan apa sekalipun, makhluk Tuhan ini perlu dilayan dengan baik tanpa perlu diseksa atau disakiti.


Kalau kita buat baik dengan orang mesti akan dapat balasan yang baik begitu juga kalau dengan makhluk lain, sudah pasti akan ada kebaikan yang datang pada diri kita.

Hal ini berhubung dengan satu video yang viral di Twitter dimana sekumpulan kucing sedang menunggu kedatangan seorang lelaki yang membawa makanan untuk kucing-kucing itu.

Belum sempat lelaki berkenaan turun daripada basikal, kucing-kucing itu sudah mula terkejar-kejar menuju ke arahnya untuk menunggu makanan.

Ada yang cakap, kucing boleh tau mana satu orang yang baik dan tidak baik. Dari video ni dapatlah dilihat yang lelaki ini memang insan yang baik hati ditunggu-tunggu oleh kucing jalanan untuk diberi makan.

Rata-rata netizen juga terharu sikap baik hati lelaki berkenaan yang sanggup memberi makan dengan kucing jalanan dan mendoakannya turut dimurahkan rezeki.

Semoga murah rezeki pakcik ni

Happy bila ‘ayah’ diorang sampai

Alahai comel je semua lari ke pakcik tu

Baca : “Terima kasih abang GrabFood” – Aksi Abang Delivery Selamatkan Anak Kucing Terima Pujian Netizen 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.