Rakyat Malaysia dan kucing, memang tak dapat dipisahkan. Punyalah segelintir daripada kita sayang pada kucing, hingga ada yang sanggup jadi hero selamatkan anak bulus ni dari ditimpa sebarang musibah.
Macam satu kejadian yang sempat dirakam seorang pengguna Twitter baru-baru ini. @amirarasyidahh memuatnaik satu rakaman video, menunjukkan seorang abang GrabFood dalam keadaan tercari-cari di tengah jalan raya. Apa lagi yang dicarinya, kalau bukan oyen!
https://twitter.com/amirarasyidahh/status/1271045927520722944
Macam-macam hal. Tapi anak kucing tu kalau tak diselamatkan, memang bahaya sebab dia pun nampak ketakutan tak tahu nak ke mana. Mujur ada abang delivery kita, jadi penyelamat oyen.
Menurut netizen kejadian berlaku di Taman Minang, Cheras.
Video itu mendapat hampir 300k tontonan setakat ini, dan rata-rata netizen memuji tindakan abang delivery ni. Yang paling best, rakaman tersebut turut mendapat perhatian daripada pihak Grab Malaysia sendiri — yang siap bertanyakan apa number plate motor dia.
Alhamdulillah, pasti ada ganjaran menanti!
Baca: “Tak kekok langsung” – Rider Grab Tolong Jagakan Anak Penjual Supaya Boleh Cepat Siapkan Order