in

Jalan Sesak Hari Raya, Penduduk Cina Baik Pulih ‘Jalan Tikus’ Untuk Kegunaan Orang Ramai

Jalan 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi kebiasaan sewaktu cuti perayaan, jalan raya utama termasuklah highway pasti akan menjadi sesak menyebabkan ramai orang terpaksa menggunakan jalan pintas. Namun, keadaan jalan pintas atau ‘jalan tikus’ selalunya membahayakan nyawa.

Tular baru-baru ini, salah seorang pemandu kereta menceritakan pengalamannya terpaksa menggunakan ‘jalan tikus’ untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut hari raya di kampung halaman.


Guna Google Maps masuk jalan gelap

Menerusi hantaran video oleh Zairul Annuar di Facebook, dia dan keluarganya menggunakan lebuh raya dari arah Simpang Pulai menuju ke selatan. Disebabkan jalan terlalu sesak, dia mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas dari Gopeng.

Zairul juga telah menggunakan aplikasi Google Maps sebagai panduan ketika melalui jalan pintas dan akhirnya sampai di sebuah kawasan perumahan kecil serta kadang kelapa sawit yang gelap.

Kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan dan mereka berhenti di samping kami sambil memberitahu jalan di hadapan tak dapat digunakan. Mereka mengarahkan kami agar berpatah balik.

Penduduk Cina bantu tunjuk jalan

Ketika Zairul berpatah balik ke kawasan perumahan tadi, dia telah ditegur oleh seorang lelaki berbangsa Cina. Tanpa berfikir panjang, lelaki itu bersama penduduk yang lain berbesar hati untuk membaiki jalan pintas tersebut bagi memudahkan pemandu melalui jalan tersebut.

Boss, you mau pergi KL kan? Jangan patah balik. Itu tadi depan you tak boleh jalan kan? Takpa. Kita bawa backhoe kasi repair itu jalan. You tunggu sekejap.

Kalau you patah balik pun tak ada guna, jalan Ladang Bikam sana jammed banyak teruk sebab ada accident. Nanti you sudah keluar nanti ini jalan, jangan ikut Ladang Bikam, you ikut jalan Bidor sampai KL.

Artikel berkaitan: Tak Sampai Hati Tengok Terkandas Tepi Jalan, Wanita Bantu Belikan Juadah Berbuka

Artikel berkaitan: “Respek abang bomba” – Orang Ramai Puji Tindakan Bomba Lari Jalankan Tugas Walaupun Baru Masuk Waktu Berbuka

Dalam pada itu, Zairul berkata ada sebuah jengkaut sedang bergerak laju melepasi keretanya dari arah bertentanan. Tentunya jalan tersebut semakin baik, jadi kereta Zairul dapat melaluinya dengan selamat.

Ini kerja sekejap saja. Jalan ada sikit bukit, susah kereta biasa mau jalan, 4WD saja boleh, now kita kasi rata, so semua orang boleh jalan. Tapi ini jalan takde internet saja la.

Terharu dengan pengalaman tersebut, Zairul memuji penduduk berbangsa Cina di situ yang baik hati membantu orang ramai melalui jalan tersebut.

Hati saya rasa terharu. Penduduk cina di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang-orang melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur. Mereka keluar rumah sama-sama bergotong royong. Hebat orang-orang Cina Perak. Power. Ini barulah bangsa Malaysia.
Di ruangan komen, ramai warganet terharu membaca kisah tersebut. Mereka memuji tindakan penduduk yang prihatin itu.
Jalan 1 Jalan 2
Min baca pun terharu… ni baru 1 Malaysia!
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.