in

Wanita Syukur Dapat Bibik Baik, Tukar Duit Rupiah Ke Ringgit Sebab Nak Belanja Makan

bik 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap soal rezeki, tidak semestinya ia datang dalam bentuk duit sahaja. Tetapi, dengan kehadiran orang yang baik berada di sekeliling kita juga merupakan rezeki daripada Tuhan.

Beberapa hari lepas, tular satu video di TikTok memaparkan momen sebak seorang majikan selepas pembantu rumahnya berhajat untuk berkongsi rezeki dengan keluarganya.


Tukar simpanan Rupiah ke Ringgit

Hantaran yang dikongsi oleh @yaya.toya di TikTok, pembantu rumahnya atau lebih mesra dipanggil bibik meminta izin terlebih dahulu untuk membelanja dia dan keluarga makan di restoran.

Artikel berkaitan: “Tak pernah sambut birthday” – Bibik Menangis Dapat Kejutan Ulang Tahun Daripada Majikan

Artikel berkaitan: “Bagilah saya senang sikit” – Telatah Bibik Cuba Resipi Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

Mungkin bibik itu sudah lama berhajat untuk melakukan perkara tersebut, jadi dia telah menyimpan gaji yang diterima sedikit demi sedikit.

Malam tadi dia ajak saya keluar makan di luar dia nak belanja. Mulanya saya tertanya-tanya manalah bibik ni dapat duit. Memang dia dapat duit raya dari suami saya dan keluarga saya tapi saya dah suruh dia simpan duitnya.

Lebih sebak, bibik berkenaan telah menukar wang simpanan dalam nilai Rupiah kepada Ringgit Malaysia untuk membelanja keluarga majikannya.

Sekarang dia nak belanja guna duit yang dibawa dari Indonesia. Allahuakbar, bibik.. baiknya bibik.

@yaya.toya

Mulianya hatimu bik.. alhamdullilah video pertama kongsikan wajah bibik dengan izin bibik ya ni. Malam tadi dia ajak saya keluar makan diluar dia nak belanja, mulanya saya tertanya2 mana lah bibik ni dapat duit. Memang dia dapat duit raya dari suami saya dan keluarga saya tapi saya dah suruh dia simpan duitnya. Sekarang dia nak belanja guna duit yg dibawa dari Indonesia. Allahuakhbar… bibik, baiknya bibik. Tapi manalah kami sampai hati, Allah kirimkan bibik yg baik pun saya bersyukur sangat bik. Terimakasih sudah bantu saya dan keluarga banyak sangat. Nanti saya kongsi video betapa pantasnya dia bekerja dan sampai malam pun rajin masih bekerja ???… Bibik pun sebahagian dari Keluarga kita, setuju tak ? #iftar #alamakrayalagi #nakbalikkampung #fyp #viral #hadiah #percuma #kualalumpur #lebaran #puasa #lawak #happy #family #skincare #rumahtangga #glowingskin #glowing #emergency #livehighlights #tiktoklive #bahagia

♬ suara asli – Sita Suwarnadwipa – Sita Suwarnadwipa

Syukur dapat bibik yang rajin

Kata wanita tersebut, dia berasa sebak kerana diberi rezeki mempunyai seorang pembantu rumah yang sangat baik dan rajin membantu keluarganya.

Allah kirimkan bibik yang baik pun saya bersyukur sangat. Terima kasih sudah bantu saya dan keluarga banyak sangat. Bibik pun sebahagian daripada keluarga kita

Menjengah di ruangan komen, ramai pengguna TikTok berasa sebak dan terharu melihat momen indah tersebut. Ada juga yang menceritakan pengalaman keluarga mereka mendapat pembantu rumah dari Indonesia yang baik hati.

bik 1 bik 2

Allahu.. baiknya hati bibik.. moga dimurahkan rezeki selalu..

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.