in

“Hang sorang je yang tengok aku kurus macam ni” – Zaibo Sempat Video Call Tiara Jacquelina Sebelum Meninggal Dunia

Zaibo Video Call

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 6 bulan menderita sakit kanser esofagus, pelakon Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62 telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi, kira-kira jam 1.30 petang, lapor mStar.


Berita yang disahkan isterinya, Siti Hawa Sawal ini telah membawa kedukaan kepada seluruh industri hiburan terutama pelakon yang pernah mengenali dan bergandingnya termasuklah Tiara Jacquelina.

 

“Tak kesampaian janji nak berjumpa…” 

Menerusi perkongsian Tiara di Facebook, dia meluahkan rasa kesalnya kerana tidak sempat untuk bertemu dengan Zaibo. Bagi yang tidak tahu, Tiara merupakan penerbit bagi sitcom bersiri Spanar Jaya yang dilakonkan Zaibo sehingga melonjakkan nama arwah dalam industri lakonan.

“Saya tengah dalam perjalanan ke Batu Pahat nak jumpa dengan Zaibo hari ini.

“Malangnya baru terima khabar duka dari Radhi Khalid, Abang Zaibo dah kembali ke Rahmatullah. Tak kesampaian janji saya pada beliau nak berjumpa,” katanya.

Str2 Kczaibo Zaibo Kenneth E1537957937513
sumber: the star

 

“Hang seorang je yang tengok keadaan aku yang kurus macam ni. Aku rasa aku ada 4-5 bulan aja”

Lebih sebak, beberapa hari lepas Tiara sempat bervideo call dengan Zaibo dan pelakon itu berkongsi keadaan dirinya yang semakin uzur serta kurus dengan penerbit tersebut.

“Baru beberapa hari lepas kami sempat ber-video call, dan masa tu beliau masih ceria dan joking like his usual self. Sempat ambik screenshot ni. Kata Zaibo, hang seorang je yang tengok keadaan aku yang kurus macam ni. Aku rasa aku ada 4-5 bulan aja. Come and visit me soon ok? Katanya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatehah buat temanku Zainal Ariffin Abdul Hamid @Zaibo ? At least you’re free now from pain and discomfort. So sorry I was too late my friend,” katanya. 

46202212 10156941804253166 9180480182744514560 N
sumber: facebook

Menurut Tiara, arwah Zaibo akan dikebumikan di Batu Pahat mungkin lepas Asar atau Maghrib nanti. Marilah kita sama-sama doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al Fatihah… 

Baca: Throwback: 10 Filem Senario Buat Kita Tak Kering Gusi Dulu-dulu

Faffasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.