in

Throwback: 10 Filem Senario Buat Kita Tak Kering Gusi Dulu-dulu

Faffasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan Senario adalah antara kumpulan lawak paling lejen kat Malaysia ni. Kenapa admin cakap macam tu? Iyelah, kalau nak dibanding dengan kumpulan lawak sekarang yang memang femes dan dikenali ramai, tapi berapa banyak je antara kumpulan ni yang ada show sendiri serta filem yang pecah panggung sebanyak RM4.58 juta?


Untuk throwback kembali zaman kegemilangan kumpulan lawak ni, berikut kami senaraikan 10 filem Senario yang buat kita tak kering gusi bila menontonnya. Jom check it out! 

 

1. Senario The Movie (1999)

Senario The Movie 1999
sumber: blog

Menampilkan ahli kumpulan asal Senario iaitu Wahid, Azlee, Mazlan dan Saiful Apek, filem Senario The Movie ni merupakan filem first dari kumpulan Senario selepas kejayaan dorang menerusi siri sitcom Senario. Apa yang lagi menarik, filem ni jugaklah yang membuktikan pelawak kat Malaysia ni actually boleh jadi superstar yang hebat!

Mengisahkan tentang tapak funfair yang dibuka Apek dan Wahid yang mempunyai abang terencat akal dilakonkan Azlee, kisah ni pasti akan buat korang ketawa terbahak-bahak kerana banyak adegan lucu membabitkan Senario dengan pelakon lawak terkenal seperti Syanie, Syamsul Ghau Ghau dan AR Badul.

 

2. Senario Lagi (2000)

sumber: blog

Tampilkan bukan empat tetapi kini lima orang anggota kumpulan lepas Yassin join Senario pada tahun 2000, Senario Lagi ialah filem kedua selepas Senario The Movie yang catat kejayaan agak membanggakan. Filem ni jugak macam filem pertama pernah memenangi Festival Filem Malaysia (2001) dalam Anugerah Khas Juri bagi Filem Box Office.

Filem yang terkenal dengan dialog Yassin, “Macam pernah ku lihat tapi di mana ya?” ini mengisahkan tentang Azlee yang baru beli kereta terpakai dan ingin membawa isterinya berjalan-jalan ke Cherating. Tapi dalam perjalanan ke sana, mereka dapat tahu yang kereta tu rupanya kereta curi. Filem ni jugak dilakonkan aktor terkenal macam Umie Aida dan Azhar Sulaiman.

 

3. Lagi-lagi Senario (2001)

Lagi Lagi Senario 2001
sumber: blog

Wuish sapa tak ingat filem Lagi-lagi Senario yang dibintangi Wardina Safiyyah yang memang agak femes masa tu lepas dia baru berubah imej bertudung kan? Filem ni berjaya potong kutipan filem Senario The Movie dengan jumlah sebanyak RM6.33 juta dan boleh dikatakan filem ni antara filem kutipan tertinggi sepanjang zaman sebab berjaya kalahkah record Sembilu 2 yang memang hit masa dulu.

Filem ni mengisahkan tentang Wahid yang baru dibuang kerja dan akhirnya berkerja di kedai milik Azlee bersama Yassin dan Saiful. Namun konflik cerita ni bermula bila Mazlan membuka kedai roti canai di sebelah kedai Azlee dan mereka berdua mula bersaing antara satu sama lain. Kalau nak tengok kehebatan Wahid tebar roti canai, haa bolehlah tengok filem ni!

 

4. Senario Lang Buana (2003) 

Lang Buana 01
sumber: wikipedia

Senario Lang Buana ialah first filem daripada Senario yang pakai teknik CGI canggih untuk menjayakan beberapa scene menarik dalam filem ni. Tidak menampilkan Yassin sebagai pelakon kali ni, filem ni agak lain dari yang lain sikit sebab ia menggunakan latar zaman lampau iaitu abad ke-19 yang berkait pulak dengan latar zaman sekarang.

Ia mengisahkan tentang tiga orang lelaki bernama Gunung, Daik dan Bercabang yang jadi hamba kepada Orang Kaya Seri Bentan. Dorang kemudian berhenti kat satu kota bernama Lang Buana yang kemudian dorang pulak tetiba kena menyamar jadi putera raja! Kalau nak tengok sisi lain filem Senario, haa tengoklah filem ni.

 

5. Senario XX (2005)

sumber: wikipedia

Jika filem sebelum-sebelum ni banyak pelakon dan ahli kumpulan asal tak terlibat, Senario XX ni macam reunion balik bila Wahid, Mazlan, Azlee, Saiful Apek dan Yassin semua terlibat sekali dalam jayakan filem ni. Diarahkan Aziz M Osman yang memang terkenal dengan filem XX Ray, filem ni pun memang ada ketengahkan elemen fiksyen sains yang memang signature lah bagi Aziz.

Filem ni bercerita tentang makhluk asing bernama Zoragon yang asal dari Zuhal. Namun secara tak sengaja Zoragon mendarat di Malaysia setelah kapalnya rosak diserang penjahat. Disebabkan dia mendarat di sebuah kampung, kekecohan timbul sampai ada yang sangka Zoragon ni jelmaan hantu polong. Filem ni ialah antara filem pertama lakonan Fazura.

 

6. Senario Pemburu Emas Yamashita (2006) 

Senario Pemburu Emas Yamashita 2006 Dvdrip Rmvb Ralyzs
sumber: blog

Sadly, filem ni antara filem yang dapat kutipan paling rendah berbanding filem-filem Senario yang lain dan ia jugak filem terakhir Senario di bawah Grand Brilliance. Dengan hanya mendapat 1 juta kutipan, ia menampilkan pelakon seperti Que Haidar, Nora Danish, Beego dan ahli lama kumpulan Senario iaitu Ilya dan Hamdan.

Filem ni mengisahkan Boy, Put, Seman dan Jali yang dihantar ke klinik mental sebab berkelakuan seperti orang tak betul. Tetapi sebenarnya dorang ni bukannya gila cuma mereka suka buat benda pelik macam meludah sesuka hati, terlampau panas baran dan salah seorang darinya mengaku pernah jumpa askar Jepun dan mempunyai peta harta karun! Fuh menarik ni…

 

7. Senario The Movie EP 1 (2008)

Mv5Bnzvinjk3Mdgtmthmos00Nmyyltg3Nwmtzdy1Nje5Ndjinjy1Xkeyxkfqcgdeqxvynzq5Mduymze@. V1
sumber: imdb

Selepas berehat selama dua tahun, Senario reboot semula series mereka dan bernaung di bawah produksi MIG dengan filem terbaru ni diarahkan oleh Ahmad Idham. Tidak menampilkan pelakon terdahulu, Senario The Movie Episode 1 ni hanya libat tiga pelakon utama je iaitu Wahid, Azlee dan Mazlan.

Walaupun tak dapat sambutan macam filem-filem Senario dulu, filem kali ni taklah mengecewakan dan mengisahkan tentang jerih perih kumpulan Senario sebelum dorang bergelar bintang macam sekarang. Filem ni jugak dilakonkan oleh Eizlan Yusof, Julia Hana dan Zul Huzaimy.

 

8. Senario The Movie EP 2: Beach Boys (2009)

03Dd96B13Fe216Bfe9F8Deb65E069E947A5B45Ed
sumber: spotify

Meskipun Senario Beach Boys ni tampilkan pelakon hebat-hebat selain anggota Senario macam Datuk Jamali Shadat, Maria Farida dan Marsha Milan Londoh, filem ni still gagal capai kutipan yang baik dan kurang menyengat berbanding filem Senario dulu-dulu.

Ia mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Azlee, Wahid dan Mazlan yang bekerja dekat Zoo Negara dan bercadang untuk pergi bercuti. Di resort yang mereka duduki, tiga sekawan ni hadapi macam-macam masalah yang membuatkan percutian mereka memang lain daripada lain. Nak tau apa yang lain tu kenalah tengok ye!

 

9. Senario Asam Garam (2010)

Senario Asam Garam 01
sumber: blog

Filem yang ditayangkan masa Hari Raya Aidilfitri ni agak sedih sebab hanya tampilkan dua je ahli kumpulan asal Senario iaitu Mazlan dan Azlee. Wahid pulak dikatakan tak boleh join penggambaran filem sebab terlalu sibuk. Walau macam manapun, Zaibo mengambil peranan watak utama untuk menggantikan Wahid dalam filem ni.

Filem ni bercerita tentang kehidupan manusia yang saling dengki-mendengki satu sama lain dalam sebuah kampung. Dua watak bernama Asam dan Garam dengki dengan Pak Adam kerana kejujuran lelaki tersebut. Kisah ni bertambah rumit bila wanita yang disukai Asam pulak jatuh hati dengan Pak Adam. Haish macam-macam!

 

10. Senario Ops Pocot (2011)

2011 Senario The Movie Ops Pocot
sumber: blog

Meskipun Senario makin dilupakan dan muncul ramai pelawak baru yang kian menyaingi dorang, mereka tetap jugak tampil dengan filem terakhir yang diarahkan oleh pengarah box office filem Ngangkung, Ismail Bob Hasim yang pernah mendapat kutipan RM8 juta. Filem ni mengisahkan tiga orang lelaki yang ada personaliti berbeza-beza masuk kem motivasi RELA.

Macam-macam kejadian lucu terjadi masa dorang terlibat dalam kem tu yang akan buat korang rindu dengan gelagat Senario yang dulu. Filem ni jugak menampilkan pelakon hebat seperti Diana Amir, Kamal Adli dan pelakon veteran, Mr Os.

Lepas baca tentang filem Senario ni, mesti korang rindu nak tengok lawak-lawak dorang balik semula kan? Filem yang mana korang paling suka? Kongsikan bersama kami! 

Baca: Throwback: 13 Band Femes Ini Imbas Kembali Zaman Muda-Mudi Korang Tahun 90an

Kumpulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.