in

Hampir 99% Kes Positif Covid-19 Semalam Tak Bergejala & Hanya Bergejala Ringan

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 telah pun berkurangan sejak seminggu yang lalu.


Kenyataan ini dikuatkan lagi semalam apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan sebanyak 98.4 peratus atau 19,326 daripada 19,631 kes positif baharu yang dilaporkan semalam merupakan kes dari kategori satu dan dua iaitu golongan yang tak bergejala dan bergejala ringan.

Manakala hanya 1.6 peratus atau 305 kes dari jumlah keseluruhan berada dalam kategori tiga, empat dan lima, lapor Harian Metro.

Secara keseluruhan, sebanyak 16,638 kes (84.75 peratus) daripada jumlah kes dilapor hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi Covid-19.

“Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, sekali gus mengurangkan jangkitan Covid-19 dalam negara terutamanya kes kategori tiga hingga lima.”

Selain itu, menerusi Twitter rasminya juga, Dr Hisham turut menjamin keberkesanan vaksin terhadap varian Delta yang sedang menular sekarang.

Netizen yang melihat perkembangan positif ini turut tumpang gembira serta mengharapkan Malaysia akan terus pulih dari pandemik Covid-19 ini.

Screenshot 2021 08 18 At 11.28.11 Am Down

Harapnya cepatlah Malaysia dapat herd immunity…

 

Baca: “Dulu lebih 200 sekarang sekitar 20 pesakit” – Pengarah HKL Sahkan Jumlah Kemasukan Pesakit Semakin Menurun

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.