Sebelum ini perkongsian Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hana Hadzrami mengenai penurunan kemasukan pesakit Covid-19 sejak sebulan lalu sedikit sebanyak telah memberikan harapan kepada rakyat Malaysia.
Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.”
Semalam, Pengarah HKL, Dr Rohana Johan pula telah mengesahkan yang memang berlaku penurunan sejak sebulan lalu dan ia dilihat lebih ketara, seminggu kebelakangan ini.
Menurut Harian Metro, Dr Rohana mengatakan penurunan ini boleh dilihat melalui kemasukan pesakit di Jabatan Kecemasan sejak sebulan lalu.
Kalau sebulan dulu, kes kecemasan yang menunggu untuk kemasukan ke wad lebih 200, sekarang setakat hari ini, hanya tinggal sekitar 20 orang sahaja.”
Kerjasama rakyat ambil vaksin membantu
Tambah Dr Rohana, situasi ini berlaku kerana kerjasama rakyat sendiri yang mengambil vaksin serta melakukan kawalan kendiri serta mematuhi SOP telah menyumbang kepada situasi ini.
Malah, kes kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan penurunan ketara terutamanya dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaksin.
Walaupun masih ada lagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan namun jumlah tinggi dilihat dalam kalangan individu tidak mempunyai sejarah vaksin.”
Justeru, perkembangan positif ini juga turut memberikan sedikit ruang kepada petugas barisan hadapan untuk berehat dan merawat pesakit dengan lebih tenang.
Bukan itu sahaja, Dr Rohana juga yakin penurunan ini akan berterusan dengan kerjasama seluruh rakyat serta turut mengucapkan terima kasih kepada inisiatif KKM serta hospital swasta yang sudi menerima pesakit bukan Covid.
Wad khas pesakit Covid-19 kini kembali jadi wad pesakit bukan Covid
Untuk pengetahuan korang, dua wad yang sebelum ini dikhaskan untuk merawat pesakit Covid-19 tahap tiga kini kembali menjadi wad merawat pesakit bukan Covid-19 sejak seminggu lalu.
Katil kanvas yang ditambah di dalam wad untuk menempatkan sehingga 70 pesakit di dalam satu wad juga kini diletakkan di satu sudut bermasa puluhan tangki oksigen dan ventilator untuk digunakan sekiranya diperlukan.
Selain itu, terdapat juga katil-katil kosong di dua wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 serta yang memerlukan bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, walaupun kes positif harian tak menunjukkan penurunan ketara, tapi penurunan pesakit kategori 4 & 5 ini betul-betul berita yang baik. Tahniah kepada semua frontliners dan rakyat Malaysia!
Baca: “Mula nampak cahaya di hujung terowong” – Doktor Kongsi Berita Baik ‘Update’ COVID-19 Di Malaysia