in

“Habistu siapa salah? Mak bapak kau?”- Netizen Berang, Pemandu Langgar Rider Foodpanda Tak Mengaku Salah

Macam yang korang semua tahu, seorang penghantar makanan Foodpanda maut didakwa dilanggar oleh pemandu mabuk semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa kira-kira jam 1.30 pagi tadi di Lebuhraya Sultan Iskandar.

Mangsa Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun ini telah dirempuh dari belakang oleh Nissan Grand Livina yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 21 tahun dan akibat dari rempuhan ini, mangsa telah terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan dan motornya diseret sejauh dua kilometer dari lokasi kejadian.

Suspek yang kemudiannya memberhentikan kenderaannya ini di bawah jejantas LRT Titiwangsa ini kemudiannya ditahan oleh orang awam dan di bawa ke Balai Trafik Jalan Tun HS Lee.

Ujian saringan mendapati nafas tertuduh, Khor Yong Zhang positif mengandungi alkohol sebanyak 161mg/100ml melebihi had yang ditetapkan sebanyak 80mg/100ml.

Bagaimanapun, pemandu Nissan Grand Livina ini mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, lapor Harian Metro.

Ekoran dari pengakuannya ini, rata-rata netizen tak berpuas hati dan marah kerana ujian saringan jelas menunjukkan alkohol dalam badannya melebihi had yang ditetapkan.

 

Baca: “Baru lepas hantar makanan dkt customer” – Abang Rider FoodPanda Terbunuh, Dilanggar Pemandu Mabuk Umur 21 Tahun

Sumber: China Press
Sumber: Facebook