Sejak PKP ni, banyak berita tentang kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk kita dengar dari sehari ke sehari. Terbaru, seorang penghantar makanan FoodPanda dilaporkan maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa.
Menurut Bernama, lelaki itu baru sahaja menghantar makanan yang dijual isterinya dan kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi tadi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Mangsa Mohamed Zaili Mohamed, 44 tahun telah dirempuh dari belakang oleh Nissan Grand Livina yang dipandu seorang lelaki mabuk berusia 21 tahun. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya,
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.”
Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu selepas ditahan orang awam.”
Suspek yang bekerja di kedai aksesori kereta itu kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun HS Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Harap kerajaan akan gubal undang-undang tentang pemandu mabuk dan kenakan tindakan yang lebih keras sebab dah banyak kes pemandu mabuk menyebabkan kematian orang lain di jalan raya.
Baca: “Kena kat adik aku sumpah mati kau” – Pemabuk Buat Hal Lagi, Kali Ni Langgar Budak Sekolah Pulak