in

“Habis terbakar wei” – Kereta Mercedes Terbakar Depan Pavilion, Pemandu Selamat!

Featured Image Kereta Kobong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian kemalangan atau perkara yang tidak diingini terhadap kenderaan kita memang tidak boleh di jangkakan.


Semua itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan sekelip mata sahaja. Jadi kita juga sering kali di ingatkan untuk menjadi pemandu yang berhemah bila diatas jalan raya.

Terbaru, tular di laman media sosial mengenai sebuah kenderaan berupa Mercedes telah terbakar secara tiba-tiba.

14Jan2020/KL1400hrs – Makluman awal sebuah kereta terbakar di Jalan Bukit Bintang berhadapan Pavilion. Pemandu kereta selamat..#IRJP#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, January 13, 2020

Kejadian ini di katakan berlaku di Jalan Bukit Bintang berhadapan Pavilion.

Pemandu bagi kenderaan tersebut juga dikatakan sempat keluar dari kereta bagi menyelamatkan diri.

Hasil tindakan pantas daripada pihak bomba, kereta yang terbakar itu berjaya dipadamkan. Pihak polis juga membantu dalam melancarkan aliran trafik.

82865328 1453030028208036 1758835742466899968 O
Sumber: facebook

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Uishh, hampir separuh juga tu terbakar. Nasib baik pemandu selamat dan tak apa-apa.

 

Baca: “Lagi-lagi sekarang ni cuaca panas” – Kereta Hangus Power Bank Dalam Kereta Terbakar

Pb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.