in

“Lagi-lagi sekarang ni cuaca panas”- Kereta Hangus Power Bank Dalam Kereta Terbakar

Featured 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah selalu sangat kita dengar kisah mengenai power bank yang meletup atau terbakar secara tiba-tiba.

Dalam kebanyakan kes, power bank yang terbakar selepas terdedah kepada haba yang tinggi macam kejadian yang berlaku di Perlis semalam.


Gara-gara power bank tertinggal di dalam kereta di Taman Bersatu, Arau, seorang pelajar universiti awam berdepan detik cemas apabila kereta PERODUA Kancil miliknya hangus terbakar.

Dia sekaligus mengalami kerugian beribu ringgit ekoran kejadian malang itu.

1 8
Sumber: berita harian

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.40pm itu dikatakan berpunca daripada kereta yang diletakkan di luar rumah, lapor Berita Harian.

Pemilik melihat kereta terbabit mula mengeluarkan asap dari dalam dan mendapati ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta itu terbakar.

“Dia cuba memadamkan kebakaran namun tidak berjaya sehinggalah rakan-rakannya menghubungi pihak bomba bagi mengawal kebakaran,”- Saksi

2 7
Sumber: berita harian

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, seramai tujuh anggota dengan satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Api berjaya dikawal pada jam 2.35 petang dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,”

 

Fuhh! Yang ada power bank tu jangan lah tinggalkan dalam kereta, tak pasal-pasal.

Baca : [VIDEO] Power Bank Meletup Dalam Flight Berpuluh Ribu Kaki Di Udara Tapi Krew Kabin Royal Brunei Tenang Handle Situasi, Salute!

Royal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.