in

Habis semua kena curi!

Page Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi beberapa hari je tinggal sebelum menjelang Aidilfitri. Peniaga-peniaga pun bertungkus lumus nak cari rezeki sementara menanti hari lebaran. Tapi semuanya ibarat mimpi ngeri bila barang jualan yang menjadi punca rezeki lesap macam tu je!


Beberapa hari yang lalu, Asykn Jaafar telah menulis di Facebook miliknya untuk berkongsi tentang dugaan menimpa dia dan rakan yang mengusahakan perniagaan baju raya yang diberi jenama Nan Indah.

Jelasnya, dia dan partner perniagaan betul-betul buntu bila diuji sedemikian rupa. Mana taknya, stok baju raya yang bernilai puluhan ribu kena curi dek orang lain semasa di tempat parking AEON Bandaraya Melaka.

Aeon Bandaraya Melaka
sumber: blog

Katanya,

“Masa hari kejadian stok hilang. Aku dengan partner betul-betul terduduk. Sambil berpelukan menangis mengenangkan nasib macam esok hari tiada jalan untuk kitorang. Masa tu dengan hujan lebat, kilat macam faham perasaan kitorang.”

Menurut Asykn, pakaian yang dihasilkan oleh Nan Indah merupakan hasil titik peluh mereka sebab dari awal hingga akhir production adalah dari mereka sendiri dan tidak dijual di tempat lain selain di booth AEON berkenaan.

Y2
sumber: facebook

“Mula dari kain, design, jahitan kitorang buat sendiri. Bukan ambil daripada pemborong mana-mana.”

Jelasnya, walaupun sangat hiba pada awalnya tapi dia bersyukur kerana diberi kekuatan entah dari mana untuk bangkit dan meminta bantuan rakan-rakan supaya memaklumkan kepada mereka sekiranya ada terlihat baju raya Nan Indah dijual di bazar mahupun di mana-mana expo.

Y1
sumber: facebook

Selain itu, dia turut memberitahu sudah melaporkan insiden itu kepada pihak polis dan masih menunggu CCTV dari pihak AEON.

“Tunggu CCTV dari AEON tapi macam tak ada harapan sebab kebanyakan CCTV dekat sana tak berfungsi. Tempat park pun jauh dari CCTV.”

Harap kalau korang ada nampak baju design Nan Indah ni, korang segera maklumkan kepada tuan empunya tu. Kesian dia diuji sebegini rupa dalam bulan Ramadan ni. Kepada yang mencuri tu, agak-agaklah, Bulan puasa ni pun tangan panjang ke?

Cobaan…

Baca: Bapa Cabut Tinggal Anak Dirawat Dekat Hospital Sejak Februari

Bapa Tinggal Rizky 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.