in

Bapa Cabut Tinggal Anak Dirawat Dekat Hospital Sejak Februari

Bapa Tinggal Rizky

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Entah apa masalah bapa kepada seorang anak kecil ni, tanpa sebarang nota dia telah meninggalkan anaknya di Hospital Serdang ketika sedang menjalani rawatan di sana sejak Februari lalu, lapor Harian Metro.


Anak kecil yang dikenali sebagai Rizky ni telah dihantar oleh bapa kandungnya ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang pada 21 Februari lalu. Dia yang baru berusia 5 tahun katanya alami cedera parah di kepala lepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Rizky 1
sumber: bh

Walau bagaimanapun, lepas hantar Rizky ke hospital bapa kandungnya dikatakan menghilangkan diri dengan tiba-tiba. Aik boleh dia tinggal anak dia macam tu je??

Disebabkan hal ni, pihak Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya dah mendapat laporan daripada hospital yang memaklumkan kanak-kanak terbabit ditinggalkan bapa bernama Mohd Faizal Adenan.

“Kanak-kanak itu yang memerlukan rawatan segera didaftarkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan maklumat lengkap termasuk individu menghantarnya ke hospital berkenaan.

“Malah, lelaki itu menghilangkan diri ketika kanak-kanak berkenaan dalam rawatan dan gagal dikesan hingga kini. Satu laporan polis dibuat pihak Hospital Serdang berhubung kejadian itu,” kata pihak JKM, Mohd Hafifi Mohd Ariff.

Walau bagaimanapun, Rizky dilaporkan telah dihantar ke Wad Neuro Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk jalani pembedahan plastik disebabkan kecederaan pada kepalanya. Kanak-kanak tu jugak terpaksa melakukan pemeriksaan gigi dan tulang di HKL untuk tentukan usia supaya mudah nak buat urusan pendaftaran sijil kelahiran nanti.

Bilik Emergency
gambar hiasan

Kini Rizky telah dibenarkan keluar wad dan diserahkan kepada JKM Subang Jaya untuk ditempatkan di Rumah Kebajikan Kanak-kanak BRDB Rotary sehingga kanak-kanak tu dapat penempatan tetap.

Mereka yang ada maklumat lanjut tentang ahli keluarga atau waris Rizky boleh hubungi Mohd Hafifi di talian 03-56343095 untuk tindakan lanjut.

Baca: Anak Kecil Berusia 5 Tahun Ditinggalkan Ibu Bapa di Hospital Kerana Menghidap Kanser

Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.