in

Guru Tumbuk Murid 9 Tahun Kerana Salah Jawab Soalan Dalam Kelas

Tumbuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita mendengar pelajar zaman sekarang disebut manja dan mengada-ada. Tak boleh ditegur, tak boleh juga didenda dan dikenakan hukuman rotan atas kesalahan yang mereka lakukan.


Namun wajarkah apabila seorang guru bertindak menumbuk muridnya hanya kerana salah menjawab soalan di dalam kelas?

Akibat berang dengan tindakan guru tersebut, ibu mangsa, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah telah membuat laporan polis dan sidang media berkenaan perkara yang menimpa anaknya, lapor Free Malaysia Today.

Cikgu Tumbuk Kepala 1
sumber: fmt

Menurut Nur Syaheerah, kejadian tersebut telah berlaku pada Selasa lepas semasa di dalam kelas apabila anaknya yang berada di darjah 3 ditumbuk guru tersebut hanya kerana salah menjawab soalan bahasa Inggeris. Aiyo, dah kenapa cikgu ni??

Adam Mikail Mubashir, 9, telah ditumbuk di bahagian kepala sehingga menyebabkan tubuhnya terjatuh ke belakang lalu pinggangnya terlanggar bahagian bucu meja.

Anak
sumber: mynewshub
Pelajar 2
sumber: fmt

Akibat daripada tumbukan tersebut,  Adam mengalami pening kepala dan loya. Dia juga telah diminta untuk berdiri sehingga kelas berakhir. Aduhai…

Malah hasil pemeriksaan doktor juga mendapati Adam mengalami gegaran otak kesan dari tumbukan kuat hingga mengakibatkan simptom pening dan loya.

“Saya terkilan anak saya diperlaku sebegitu. Saya ada jumpa guru besar tetapi dia cakap akan pantau guru dan anak saya, tetapi tidak ada apa-apa tindakan diberikan kepada guru, hanya anak saya diberikan kaunseling,” kata Nur Syaheerah.  

Adam juga kini trauma untuk ke sekolah. Menurut Nur Syaheerah lagi, guru besar hanya memindahkan guru tersebut ke kelas lain dan tidak akan mengajar anaknya lagi.

Cikgu Tumbuk Kepala 2
sumber: fmt

Namun dia masih bimbang kerana anaknya pasti akan bertembung dengan guru tersebut pada waktu rehat kerana mereka masih dalam satu sekolah.

Adam pesan dekat saya jangan beritahu pihak sekolah sebab takut dengan guru itu.” 

Pun begitu, menurut pihak polis, kes ini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Didiklah pelajar dengan hati yang ikhlas. Bukannya mendidik dengan cara memukul sehingga cedera atau marah tak tentu pasal. Macam mana ilmu nak masuk, kan?

Baca: Guru Liwat Pelajar Tingkatan Dua Lebih 50 Kali di Kuaters Guru di Sarawak

Guru Liwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.