Gucci Keluarkan Design Beg Baru Berharga Ribuan Ringgit Tapi Sama Macam Bekas Isi Ais!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang ingat lagi tak jenama fesyen terkenal macam Zara pernah jual kain sarong bapak korang kat kedai dorang? Krik, krik, krik sangat fesyen tu kan sebab dekat sini bersepah korang boleh dapat kat pasar malam. Tapi baru-baru satu lagi jenama high end popular ada keluarkan produk baru. Korang takkan percaya punyalah ni produk macam ni dorang nak jual kat datin-datin.

Menurut Vice, Gucci, jenama fesyen Itali yang femes dah release sebuah bag tote yang buat orang terkejut beruk bila tengok sebab rupa dia betul-betul macam bekas isi ais! Eh serius ah dorang ni macam kekeringan idea je?? Hahaha!

Sumber: WOB

Beg tote dari koleksi Gucci’s Spring/Summer 2018 ni kalau korang nak tau berharga USD$949 dekat website Farfetch. Wuish RM3,700 macam tu kalau ikut duit kita. Bapak mahal! 

Rupa beg tote ni simple sangat dan memang available dalam kaler pink saje. Ada tertulis nama brand Gucci kat tepi beg. Pastu kat bawah beg tu tertulis gak tulisan macam ‘Guccification’, ‘Sine Amore Nihil’, ‘Summer MMXVII’ dan ‘XXV’.

Sumber: WOB
Sumber: Harper’s Bazaar

Kalau korang memang die hard fan Gucci, korang memang dah lama sedar yang brand ni bukan pertama kali pernah keluar produk pelik-pelik macam ni. Dulu dorang pernah keluarkan jugak kasut sneaker yang rupa dia macam kasut budak sekolah rendah kotor kena pijak dengan kawan. Errkk? 

Sumber: WOB

Selain sneakers, Gucci jugak jual batang buluh setanggi (korang mesti biasa tengok benda ni kat rumah kawan Cina korang) dengan harga USD$70. Wow tu kalau convert duit kita RM270 tauu! Cer tanya kawan Cina korang dia beli berapa RM. 

Sumber: WOB

Sebenarnya, kalau tengok apa yang berlaku ni, kita orang rasa high-end fashion brand sekarang tengah kering idea nak keluarkan produk apa sampai dorang ambil barang yang kita guna setiap hari sebagai inspirasi untuk create benda baru. Oh giteww.

So kalau orang tanya kenapa korang pakai kain sarong kat rumah atau guna beg Ikea nak gi pasar, cakap je, “Ehhh ni I beli kat Zara, Balenciaga or Gucci tau!” Baru lerr class!

Jadilah pengguna yang bijak ye! 

Baca: Beg Terbaru Balenciaga Menyerupai Beg Tote Ikea, Dijual Dengan Harga RM9,450

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!