in

Beg Terbaru Balenciaga Menyerupai Beg Tote Ikea, Dijual Dengan Harga RM9,450

Bag E1623482621738

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengar saja nama Ikea, pasti ramai yang terbayang-bayang akan bebola daging yang enak dan juga perabot hipster DIY yang berpatutan harganya.


Malah, Ikea juga terkenal dengan beg tote birunya yang mempunyai ruang yang luas dan memudahkan pengguna untuk memasukkan barang-barang keperluan yang dibeli dari Ikea.

Balenciagas Latest Fashionable Bag Looks Remarkably Similar To Ikeas Tote World Of Buzz 1
sumber: ikea

Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa setiap keluarga pasti memiliki sebuah beg tote Frakta yang hanya berharga RM2 ini. Namun begitu, jenama terkenal Perancis, Balenciaga sekali lagi mencuri perhatian apabila beg keluaran terbaru mereka kelihatan hampir serupa dengan beg buatan Ikea. Haaa??

Beg tote Arena Extra-Long Shopper buatan Balenciaga ini berwarna biru terang dan ia juga mempunyai bentuk trapezoid dengan tali pada bahu yang lebar serta mempunyai ruang dalaman yang luas. Perbezaannya dengan tote beg dari Ikea hanyalah dari segi harga yang bernilai $2,145 yang bersamaan dengan RM9,450. Mahalnya!

Balenciagas Latest Fashionable Bag Looks Remarkably Similar To Ikeas Tote World Of Buzz 2
sumber: barney

Selain itu, beg ini juga tidak diperbuat dari polypropylene yang dikitar semula tetapi ia menggunakan bahan jenis kulit yang berwarna biru dan berlapis. Ia juga tidak mempunyai label jenama besar pada tali bahu beg tetapi cukup dengan label kecil yang berwarna emas.

Nintchdbpict000317693954 E1492544571436
sumber: the sun

Meskipun begitu, Ikea sangat berbesar hati dengan Balenciaga oleh kerana mengambil beg tote mereka sebagai inspirasi buat keluaran terbaru jenama itu. Menurut Ikea,

“Kami berasa amat berbesar hati apabila mengetahui bahawa beg tote Balenciaga menyerupai beg biru ikonik Ikea yang hanya berharga 99 sen. Tiada apa yang dapat melawan gaya versatil beg biru yang hebat ini!”

“IKEA FRAKTA buatan kami adalah antara produk yang ikonik yang mana ia dimiliki dan disayangi jutaan orang. Dan kini, lebih ramai lagi boleh memiliki beg berjenama dengan harga yang lebih murah.”

Frakta Carrier Bag Large Blue 0478624 Pe617660 S4
sumber: ikea

Walau bagaimanapun. Balenciaga sehingga setakat ini masih belum memberi sebarang ulasan mengenai isu beg tersebut. Ini bukanlah kali pertama Balenciaga terpalit dengan isu sebegini, bahkan beg mereka yang sebelum ini juga menyerupai beg pasar yang digunakan oleh orang-orang Asia.

Baf

Dengan beg Ikea yang murah itu pun dah boleh bergaya sekarang. Untunglah…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.