in

“Gua bohong di Instagram” – Setahun Diseksa Suami Mat Salleh, Penyanyi Indonesia Akhirnya ‘Buka Pekung’ Merayu Duta Bawa Pulang Tapi…

Tiga3

Viral di media sosial baru-baru ini, seorang penyanyi dari Indonesia ada muat naik Instastory menceritakan bahawa kemanisannya bersama suami sepanjang setahun mendirikan rumahtangga bersama jejaka dari negara barat itu hanyalah dusta semata-mata.

Selebriti wanita yang dikenali sebagai Tiga Setia Gara ini merupakan bekas vokalis dari negara seberang Silly Riot dan mula bergerak solo. Dia juga mula menempa nama dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

 

Gue minta tolong 911 untuk telepon embassy Indonesia, gue pengin pulang ke Indonesia, gue udah enggak kuat.”

Tiga Setia Gara mula mendirikan rumahtangga pada 1 September 2018 bersama jejaka pilihan hati yang merupakan warganegara Amerika Syarikat James Aaron Tolley. Kalau diperhatikan Instagram dia, semua perkara pasal hal rumah tangga manis-manis belaka dan sangat romantik.

Nak dipendekkan cerita ada sekali tu, Tiga Setia Gara ada muat naik dia mengalami kecederaan pada lutut sehinggakan terpaksa menjalani pembedahan beberapa minggu lepas.

https://www.instagram.com/p/B1utqV8FU0h/?utm_source=ig_embed

Tapi baru-baru ini Tiga Setia Gara dah mula buka pekung bahawa dia sebenarnya diseksa oleh suaminya sepanjang setahun mendirikan rumahtangga dan menetap di Amerika Syarikat.

Dari situ dia menjelaskan bahawa kecederaan lututnya itu adalah disebabkan dia ditendang oleh suaminya sendiri. Tak tahan dengan seksaan itu, Tiga Setia Gara mendedahkan segala-galanya bahawa segala posting yang dimuat naik itu hanya dusta belaka.

Menurutnya lagi, selama ini dia pendamkan yang dia seringkali di seksa oleh suaminya demi menjaga nama baik suami dan sekaligus pendedahannya baru-baru ini bertujuan untuk meminta bantuan rakyat Indonesia untuk menghubungi kedutaan negara tersebut bagi mendpaatkan bantuan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=74&v=9Z7YPOzbC6I

 

Video itu telah menular ke seluruh negara Indonesia, disebabkan itu ramai yang menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan.

Tapi dia tak dapat nak pulang sebab ada beberapa kekangan. Tengok ni…

https://www.youtube.com/watch?v=flRFlYsPVEw

 

Aduh kesiannya, katanya suami dia pun dah minta maaf dan urusan untuk dosa pulang ke Indonesia bukanlah semudah mana yang disangka.

 

Baca : Wanita Share Kisah Cousin Kahwini Imam Kampung ‘Durjana’ Ditipu Berpuluh Ribu, Dipukul Termasuk Disebarkan Gambar Bogel Dan Video Seks.

Pukul 1