Setiap kali ingin menghantar parcel ke rumah pelanggan, rider yang bertugas pastinya akan mengalami masalah dalam menghubungi pelanggan supaya mengambil barang yang dipesan.
Disebabkan hal tersebut, ada rider terpaksa membawa parcel tersebut pulang semula ke pejabat, malah ada juga yang tidak bertanggungjawab telah membaling barang dipesan pelanggan ke dalam rumah.
“Mailbox dia sempoi geng”
Namun baru-baru ini, seorang rider di TikTok @nabilbsorleehe28 telah memuji tindakan seorang pelanggan berada ini kerana menyediakan mailbox yang sesuai untuk menyimpan parcel.
Menerusi perkongsian tersebut, rider ini telah memaparkan kawasan perumahan pelanggan yang besar dan di bahagian luar rumah tersedia mailbox yang dikhaskan untuk menyimpan parcel yang dihantar.
@nabilbsorleehe28 orang kaya bijak#semagat #fyp #foryou #tiktok_guru #pencerita #abangGrab
Bagi rider ini, ia adalah tindakan bijak pelanggan untuk mengelakkan parcelnya daripada dicuri atau dibaling oleh rider kerana dia sudah menyediakan tempat yang sesuai untuk disimpan.
“Memang idea terbaik, x payah pening2 barang nak letak mana”
Video yang dikongsikan rider ini mendapat perhatian netizen sehingga ada di antaranya mula mencari di mana mereka boleh membeli mailbox canggih seperti ini.
Ada juga di kalangan netizen berharap pihak pemaju di masa hadapan dapat menyediakan mailbox seperti ini di setiap kawasan perumahan.
Lepas ni ramai lah yang cari mailbox macam ni nampaknya ye…