in

The Great Resignation: Krisis Pekerja Yang Jadi ‘Trend’ Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Terlibat?

Onkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak cerita zaman ini boleh dikatakan sukar untuk mendapatkan kerja yang diidamkan apabila ada sesetengah pihak yang mengatakan mungkin disebabkan tenaga kerja yang berlebihan ataupun masyarakat yang terlalu memilih kerja sehingga menolak banyak pekerjaan dalam sektor 3 Dirty, Dangerous and Difficult (3D).


Tapi, korang tahu tak ada beberapa negara seperti di Amerika Syarikat sekarang ini mengalami krisis pekerja yang agak kritikal sehingga membawa kepada The Great Resignation dan mencatat rekod stastistik negara tersebut? Maksudnya ramai yang tidak mahu lagi bekerja haa macamtu..

Mari min kongsikan apa maksud di sebalik The Great Resignation dan adakah Malaysia sekali terlibat?

Apa itu The Great Resignation?

The Great Resignation ialah proses dimana pekerja-pekerja berhenti kerja secara besar-besaran yang dikatakan telah berlaku sejak awal pandemik. Seperti di Amerika Syarikat, rata-rata pekerja barisan hadapan sehinggalah eksekutif kanan, secara sukarela meletak jawatan.

Quit Rate In United States.svg

Menurut Jabatan Tenaga Kerja AS, terdapat 11.5 juta pekerja yang berhenti kerja pada April, Mei dan Jun 2021.Tinjauan pencari kerja bulan Ogos Bankrate mendapati lebih separuh daripada pekerja AS berhasrat untuk mencari pekerjaan baharu dalam tahun hadapan.

Data Biro Statistik Buruh pada 2021 merekodkan lebih daripada 47 juta rakyat Amerika berhenti kerja. Ini adalah peletakan jawatan paling banyak dalam sejarah yang direkodkan.

Kadar peletakan jawatan juga terus merekodkan paras rekod pada awal 2022, di mana lebih 4.5 juta orang berhenti kerja.

Mengapa berlaku fenomena ini?

Pandemik Covid-19 telah membentuk semula masyarakat pada terasnya, memaksa orang ramai untuk memikirkan semula perkara yang paling penting bagi mereka.

Contohnya macam berapa banyak masa dan tenaga yang mereka sanggup luangkan untuk kerja mereka, dan apakah yang mereka harapkan daripada majikan mereka? Pandemik juga menyebabkan orang ramai mendapat kesedaran mengenai keutamaan mereka yang sebenar dalam hidup.

Jadi, disebabkan itu ramai yang lebih selesa untuk bekerja sendiri di rumah tanpa sekatan waktu daripada mana-mana pihak. Melalui itu, mereka dapat meluangkan masa dengan diri sendiri lebih banyak daripada sebelum ini.

@kerjajer

Adakah fenomena Great Resignation akan berlaku di #malaysia ? #kerjajer

♬ original sound – Kerjajer with Azmil – Kerjajer

Mana taknya hampir dua tahun kita dikurung di dalam rumah sampai dah selesa sangat dengan keadaan yang baru…

Adakah berlaku di Malaysia?

Satu tinjauan telah dibuat oleh Pusat Penyelidikan UCSI dimana 820 orang telah menjawab satu entri mengenai The Great Resignation di Malaysia. Sebanyak 60% responden bersetuju bahawa Malaysia menghadapi fenomena tersebut dan 40% mengatakan tidak.

3F4D

Menurut The Sun, Syed Hussain menyatakan bahawa semasa berlakunya pandemik dua tahun lepas, banyak syarikat melaksanakan dasar kerja dari rumah dan pengaturan kerja yang fleksibel.

“Dengan syarat untuk kembali ke pejabat, pekerja mungkin keberatan untuk kembali ke pengaturan kerja sebelumnya. Sesetengah mungkin meletakkan jawatan untuk mencari peluang pekerjaan yang menawarkan kerja dari rumah atau pengaturan fleksibel lain, atau pergi ke sektor freelancing atau gig.”

Beliau berkata bekerja dari rumah telah memberi masa kepada pekerja untuk berfikir lebih jauh tentang apa yang sebenarnya mereka mahukan dalam hidup sama ada kerjaya bekerja atau menjadi usahawan.

“Banyak platform digital telah dilancarkan untuk menawarkan peluang menjana pendapatan dari rumah. Kerajaan telah memudahkan perkara ini dan membenarkan ramai orang membuka perniagaan permulaan di sekitar rumah mereka. Dengan geran kerajaan dan pembiayaan untuk mereka yang bekerja sendiri, ada yang mengambil jalan ini.” 

Turut juga dikongsi sebuah video di laman Tiktok yang memaparkan keadaan sebuah restoran yang menghadapi ketidakcukupan pekerja dan melabelkan situasi tersebut sebagai The Great Resignation.

@mruh20

F&B are Dying gais.. #fyp #fypシ #thegreatresignation

♬ suara asli – sayur asem – BILYCHAMPING

Menerusi video tersebut, pemilik berkongsi keadaan restoran yang dilihat orang ramai sedang beratur dengan panjang dan dikatakan hanya seorang sahaja pekerja yang terpaksa membuat pesanan dan menghidangkan pesanan kepada pelanggan.

“Kau la manager, kau la pekerja…”

Netizen luah penat bekerja, gaji tak setimpal dan waktu bekerja yang panjang

Rata-rata netizen turut memberi respon terhadap video tersebut dengan mengatakan bekerja di dalam sektor makanan dan minuman sangatlah tidak berbaloi dengan gaji dan waktu yang terlalu panjang sehingga boleh cecah 12 jam!

Screenshot 2022 09 29 At 2.54.58 Pm

Screenshot 2022 09 29 At 2.55.07 Pm

Bekerja sendiri jadi idaman rakyat Malaysia?

Melihat kepada perspektif mencari rezeki, rata-rata rakyat Malaysia lebih selesa untuk bekerja sendiri tanpa terikat dengan apa-apa waktu. Seperti kita boleh lihat, banyak aplikasi-aplikasi seperti platform penghantaran makanan dan e-hailing yang membenarkan pengguna untuk bekerja sendiri pada bila-bila masa.

Seperti statistik yang dikeluarkan TERAJU menurut laporan NST, dianggarkan lebih 65,660 individu Bumiputera menceburi industri perkhidmatan p-hailing (penghantaran makanan), kebanyakannya semasa pandemik Covid-19.

Tinjauan mendapati bilangan penunggang penghantaran makanan Bumiputera – kebanyakannya terdiri daripada anak muda, Islam dan Melayu bujang, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Orang Asli merangkumi 93.8 peratus daripada jumlah keseluruhan 70,000 penunggang penghantaran makanan di Malaysia.

Obj21137078 1660296540

Selain daripada itu, kira-kira 26 peratus daripada tenaga kerja Malaysia terdiri daripada freelancer dan jumlah itu semakin meningkat, kerana lebih ramai orang memilih waktu kerja yang lebih fleksibel.

Korang rasa Malaysia dah sampai tahap situ tak?

Baca: PM Bimbang Kes Muflis & Pengangguran Di Kalangan Belia Meningkat

Screenshot 2022 09 29 At 3.25.26 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.