in

“6 jam mendaki” – Domino’s Pizza Jepun Buat ‘Delivery’ Sampai Puncak Gunung Fuji, ‘Delivery Fee’ Cecah…

Dominos Mt Fuji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai di antara kita yang pernah gunakan servis penghantar makanan seperti Grabfood dan Foodpanda. Ada juga francais restoran seperti Pizza Hut dan McDonald’s yang mempunyai servis penghantar makanan sendiri. Korang selalu order apa kalau guna delivery service ni?


Fapj2Wuaqaarbbh E1661565243284

Bercakap pasal servis penghantar makanan, Domino’s Pizza di Jepun mendapat perhatian ramai selepas gambar pekerja penghantarannya viral selepas mendaki puncak Gunung Fuji semata-mata untuk menghantar makanan pelanggan.

Portal Thaiger melaporkan, gambar penghantar makanan terbabit mula viral setelah dikongsikan seorang individu menerusi Twitter.

Japan Mount Fuji Water Reflection E1661565445697

Untuk pengetahuan, pekerja Domino’s Pizza terbabit telah mendaki selama sekitar enam jam untuk sampai ke puncak Gunung Fuji yang berketinggian 3,776 meter untuk menghantar pizza. Caj penghantaran atau delivery fee yang dikenakan pula adalah RM124.

Rupanya, ini bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku sebab menurut netizen, servis penghantaran makanan sehingga ke puncak Gunung Fuji seperti sudah menjadi trend di negara itu. Jangan kata Domino’s Pizza, Uber Eats dan Demae Can (delivery service macam Grab) pun hantar makanan sampai puncak gunung ni tau!

Delivery Rider Climbs Mount Fuji 2 E1661565497377

Meskipun ramai yang memuji dedikasi pekerja penghantaran yang sanggup mendaki gunung semata-mata untuk menghantar pesanan pelanggan, ada juga yang menyifatkan delivery fee yang dikenakan agak sedikit berbanding usaha dan masa yang digunakan untuk mendaki gunung terbabit.

Sumber: Thaiger

Baca: “Bila taknak kongsi piza…” – Dominos Pizza Pun ‘Troll’ Gambar Neelofa Weh!

Neelofa Pizza E1661563613703

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.