[VIDEO] Abang Rider Sporting Layan Pelanggan Main ‘Ddakji’ Squid Game, Siap Dapat ‘Hadiah Misteri’ Lagi!

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Abang Rider Sporting Layan Pelanggan Main ‘Ddakji’ Squid Game, Siap Dapat ‘Hadiah Misteri’ Lagi!

Rasanya rata-rata pengguna media sosial nampaknya masih lagi belum move on dengan siri popular Squid Game. Fenomena K-Drama ini begitu besar, hinggakan ramai yang menggunakan konsepnya untuk mencipta content sendiri.

Melalui laman Tiktok @adaywithjeray, lelaki ini dilihat menggunakan servis penghantaran Grab untuk memesan makanan di sebuah restoran fast food. Apabila pesanannya sampai, lelaki itu mengajak rider yang menghantar makanannya untuk bermain ddakji seperti yang kita pernah lihat dalam Squid Game.


Untuk yang tidak tahu, ddakji merupakan salah satu permainan tradisional dari Korea Selatan. Ia dibuat menggunakan kertas yang dilipat menjadi sebuah petak, dan seorang pemain akan dikira menang jika dia berjaya membuat ddakji pihak lawannya terbalik.

Melalui video berdurasi 3 minit, rider tersebut dikatakan perlu membayar sebanyak RM1,000 jika dia dikalahkan oleh pemilik Tiktok itu. Sebaliknya, dia ditawarkan hadiah misteri jika berjaya mengalahkan pencabarnya. Confident tu penting!

Mereka berdua bermain permainan itu selama beberapa pusingan. Walaupun pada awalnya rider itu dilihat agak kekok, namun dia akhirnya berjaya menghentam ddakji pemilik video itu sehingga terbalik. Cayalah abang rider!

Rider tersebut kemudiannya menerima hadiah misteri yang dijanjikan sebelum permainan, mengandungi sekotak pelitup muka, hand sanitizer dan vitamin C. Pemilik Tiktok itu turut memberi sebiji burger kepada rider Grab yang dikatakan masih belum makan tengah hari.

Rata-rata netizen memuji aksi sporting dari rider itu. Ada juga yang perasan baju yang dipakai kedua-dua pemain sama warna dengan ddakji pilihan mereka. Tajam je mata korang, kan?

1 113 114 102 125 9

Min yakin pemilik video ni sebenarnya memang berniat untuk bersedekah, tapi dengan cara yang kreatif. Orang kita kan baik-baik semuanya.

BACA: Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejut Customer Bangun Tidur

6 8

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Abang Rider Sporting Layan Pelanggan Main ‘Ddakji’ Squid Game, Siap Dapat ‘Hadiah Misteri’ Lagi!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-abang-rider-sporting-layan-pelanggan-main-ddakji-squid-game-siap-dapat-hadiah-misteri-lagi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM