in

“Atlet lontar peluru ni” – [VIDEO] Parcel Dicampak Sampai Bumbung, ‘Voice Note’ Abang Kurier Buat Netizen Terhibur

9 E1656120129662

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang biasa tak order barang secara online, lepas tu barang tu sampai masa korang tak ada kat rumah? Selalunya dalam situasi macam ni, kita akan minta abang kurier untuk tinggalkan saja parcel tu dalam kawasan rumah, kan?


Untuk sesetengah orang, ada juga yang tak kisah barang yang mereka pesan dilempar ke dalam rumah, asalkan parcel tu tak mengandungi benda yang mudah pecah.

Tapi menariknya pada video yang Min jumpa kat Tiktok baru-baru ini, seorang wanita di Indonesia perlu berusaha lebih sedikit untuk mendapatkan parcelnya yang dicampak sampai ke atas bumbung rumah. Alamak, jauh sangat baling tu, bang!

 

Bergetar suara abang kurier…

Yang buat ramai orang kagum adalah jarak dari pagar hadapan, di mana notis untuk kurier melemparkan barang itu ditampal, agak jauh untuk parcel itu ‘tersangkut’ di atas bumbung rumah.

Sehubungan dengan itu, abang kurier tersebut meminta maaf melalui pesanan suara di Whatsapp kerana ‘terlebih’ campak, namun intonasi suaranya yang bergetar seakan-akan takut pula buat netizen pecah perut. Dari suara dia boleh dengar obvious betul rasa bersalah tu.

Lelaki itu juga menyatakan bahawa dia tidak boleh memanjat pagar tersebut untuk tolong ambil, risau jika dia dianggap pencuri oleh jiran sekeliling.

Lebih menghiburkan, wanita yang memesan parcel itu juga sempat berseloroh dan bertanya jika abang kurier itu pernah menjadi atlet lontar peluru atau lembing kerana jarak lontaran itu dilihat agak jauh. Siap save nama jadi kurier atlet lagi!

Ambil galah tolong jolokkan

Pada video selanjutnya, wanita itu memuat naik rakamannya memanjat hiasan di halaman rumahnya dan menjolok parcel itu menggunakan galah hingga ia akhirnya terjatuh.

 

“Abangnya panik”

Video tersebut mencapai lebih 33 juta tontonan di Tiktok dalam tempoh sehari ia dimuat naik setakat ini. Rata-rata netizen terhibur dengan situasi tersebut, ditambah pula dengan suara abang kurier yang agak nervous ketika menjelaskan dirinya.

8 Vert

Banyak cabaran jadi kurier ni, kan? Ada yang kena kejar anjing, ada yang terlebih baling parcel. Nasib baik dapat customer sporting.

Baca: Bukan Senang Jadi Rider, Status Penghantaran ‘Kurier Dikejar Anjing’ Buat Ramai Terhibur

Capture 15

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.