in

Gila! Lelaki Suruh Staff Airport Melulut Minta Maaf Sebab Flight Delay Pasal Cuaca Tak Elok

Mlutut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah flight delay ni memang dah cukup sinonim dengan kita kalau nak pergi travel. Pasti akan berlaku ekoran dengan faktor cuaca yang tak mengizinkan.


Memang tak dinafikan lah sakit hati dan  ini lah perkara paling dan jelak sekali, tapi nak buat macam mana, kita memang tak boleh nak halang.

Kalau nak marah staff pun memang tak dapat apa-apa sebab diaorang mana boleh nak ubah cuaca. Tapi mamat ni pula, macam boleh buat orang tak ada akal dekat staff airport tu.

 

Suruh staff melulut, minta maaf

Airportstaff

Menurut World Of Buzz,  satu penerbangan ni mengalami situasi sebegini rupa, tapi penumpang ni boleh pula tuntut permohonan maaf daripada staff airport tu sambil melutut.

Like what? Sebab cuaca kot.

Memanglah customer is always right tapi kalau dah permintaan tu macam orang tak ada kepala otak, sudah semestinya lah kan dia tak buat. Tapi sebagai staff yang tengah menjalankan tugas, dia akan jalankan tanggungjawabnya tapi takkan turutkan perintah penumpang tu.

“Saya salah seorang ahli staff. Saya akan jalankan tanggungjawab saya. Tapi encik tak perlu nak hina dan malukan saya”

Tapi penumpang tu tetap berkeras dan minta staff tu buat seperti mana yang dia arahkan.

“Kau mesti kena jadi wakil syarikat dan minta maaf. Melulut sekarang tunjukkan keikhlasan tu”

Kejadian ini berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng di Henan, China pada 25 May lepas. Video insiden ini dimuatnaik di platform media sosial di China, Weibo.

Korang boleh tengok kat sini:

Masa ni dua pesawat dari Zhengzhou ke Shenzhen delayed disebabkan faktor cuaca. Penerbangan pertama tangguh sejam dan yang kedua sampai 4 jam setengah.

Syarikat penerbangan tu sedang buat siasatan berikutan dengan kes ni. Pelanggan ni kadang-kadang melampau sangat, kalau dia punya ‘demand’ sampai menjatuhkan maruah kita sebagai manusia, jangan turutkan. Melampau! 

 

Baca : Buat Video, Pramugara Jalinkan Hubungan Seks Dengan Bintang Porno ‘Kunyit’ Dalam Penerbangan Digantung Kerja

Kunyit

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.