in

Buat Video, Pramugara Jalinkan Hubungan Seks Dengan Bintang Porno ‘Kunyit’ Dalam Penerbangan Digantung Kerja

Deltaairlines

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hal peribadi jangan dibawa ke tempat kerja, jika ingin melakukan ‘sesuatu’ perkara sekalipun etika pekerjaan haruslah dijaga dengan baik.


Macam seorang pramugara ini, dia mungkin akan dipecat apabila videonya melakukan hubungan seks bersama bintang porno gay di dalam penerbangan mendapat perhatian daripada pihak atasan syarikat penerbangan tersebut.

 

Tak bertugas, tapi buat perbuatan terkutuk itu sambil pakai baju Airlines

Pramugara dari syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Delta Airlines itu melakukan hubungan seks bersama bintang porno gay Austin Wolf di tanas pesawat sambil berkunci dan menghabiskan masa lebih daripada 8 minit di ruangan kecil tersebut.

Biarpun tidak bertugas pada hari tersebut, video itu memaparkan dia sedang menyarungkan pakaian seragam airlines tersebut ketika melakukan perbuatan terkutuk itu.

 

Kami telah menggantung pekerja dan melakukan siasatan penuh. – Delta.

Menerusi Dailymail dua klip video itu mula tersebar luas di Twitter, bagaimanapun ia telah dipadamkan.

Menurut sumber lagi, pramugara yang berusia 20 an itu tidak mengetahui bahawa ‘kegiatan’ itu telah dirakamkan untuk disebarkan secara atas talian.

Pramugara itu telah digantung kerja sementara menunggu siasatan penuh dijalankan berikutan dengan pelanggaran standard tingkat laku syarikat dan kemungkinan akan dipecat.

“Video ini tidak mencerminkan piawaian profesionalisme yang diharapkan oleh pekerja kami semasa mewakili jenama Delta atau perjalanan sebagai penumpang pada pesawat Delta. Kami telah menggantung pekerja dan melakukan siasatan penuh.” kata jurucakap Delta

Bahkan, pihak Delta juga sedang merunding dengan pakar undang-undang susulan dengan penyebaran video tersebut.

 

Dikecam netizen melanggar etika kerja

5130542 6286847 Image A 56 1539790153396

Wolf yang berpangkalan di New York, telah muncul dalam banyak filem porno dan mengiklankan perkhidmatannya secara dalam talian sebagai ‘rent boy’ dengan harga $ 1,200 satu malam, enggan memberikan maklumat lanjut ketika dihubungi oleh DailyMail.com.

Dalam video tersebut jelas menunjukkan bahawa dia adalah orang yang terlibat memandangkan identiti fizikalnya yang serupa dengan gambar-gambarnya..

Bagaimanapun, identiti pramugara yang digantung kerja itu tidak akan didedahkan kerana dia menegaskan bahawa dia tidak bersetuju dengan rakaman itu dipublikasikan.

Rentetan dengan penularan video tersebut, pramugara itu dikecam hebat oleh netizen dari negara tersebut kerana dikatakan melanggar etika kerja.

Baca : Kecoh Tular Poster Ikon Gay Thailand Bakal Buat Fan Meeting Di Muzium Negara, Rupanya…

Postergay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.