in

Gerenti Bulu Roma Korang Naik Lepas Dengar Dua Lelaki Ni Nyanyi Lagu Beauty and The Beast!

Suara Sedap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gerenti Bulu Roma Korang Naik Lepas Dengar Dua Lelaki Ni Nyanyi Lagu Beauty and The Beast!
Loading
/

Kata orang, bakat seseorang tu jangan dinilai daripada rupa atau dari mana orang tu datang. Ye lah takkanlah sebab muka orang tu hodoh dan miskin, terus korang label suara dia sumbang kan? Selalunya mereka yang datang daripada golongan macam ni lah ada bakat hebat dan tak disangka-sangka ramai!


Baru-baru ni, viral video dua orang lelaki dari Filipina dekat page host terkenal, Ellen DeGeneres menyanyikan lagu Beauty and the Beast yang asalnya dinyanyikan Celine Dion dan Peabo Bryson. Kalau tengok daripada penampilan dorang, korang takkan sangkalah suara dorang ni boleh jadi sesedap Celine Dion wehh!

Merdu yang amaattt! 

Rata-rata netizen yang mendengar lagu nyanyian dua lelaki tu puji suara dorang memang sedap gila. Rakyat Filipina gerenti berbangga ada talent-talent suara emas macam ni. Melting dengar suaranya!

Pinoy 1

Pinoy 2

Pinoy 3
sumber: facebook

Lebih menarik lagi, part Celine Dion tu dinyanyikan oleh lelaki yang bernama Brian Gilles. Serious suara dia tak macam lelaki langsung! Lembut mendayu-dayu macam Celine pulak.

Bila admin godek-godek Facebook dia, didapati Brian Gilles ni memang dah biasa dalam dunia nyanyian. Dia pernah cover macam-macam lagu Pinoy termasuklah lagu Inggeris daripada Micheal Buble bertajuk Everything. Nah sila dengar ni pulak! 

Everything

Everything – Brian Gilles cover

Posted by SoundFox on Friday, May 4, 2018

Bukan suara pompuan je dia boleh buat, suara jantan pun boleh woii! Macho lak tu!

Posting yang dihantar ke page Ellen DeGeneres tu kini dah mendapat 24k likes dan lebih 30k shares tau! Harap-harap dua penyanyi yang sangat talented ni akan dijemput ke rancangan Ellen tak lama lagi supaya lebih ramai boleh mengenali dorang.

Bestnya kalau ada bakat nyanyian hebat macam tu! Gerenti dah jadi superstar kat Malaysia ni tau.

Baca: “Sedap suara… merecik!” – Abang Polis Bersuara Merdu Jadi Kegilaan Gadis-gadis 

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.