in

Geng Teksi Buat Provokasi Halang Pemandu Grab dan Uber Ambil Penumpang di KLIA2

Bg2 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dibandingkan zaman dahulu dengan sekarang, orang ramai kini lebih gemar menaiki Uber dan Grab berbanding teksi biasa. Namun, situasi tersebut telah mencetuskan persaingan yang sengit antara pemandu teksi dan juga Uber atau Grab.


4 24 E1500362461113
gambar hiasan

Menurut seorang pengguna Facebook, satu provokasi telah berlaku hari ini dalam kalangan pemandu teksi kerana tidak berpuas hati terhadap pemandu Grab dan juga Uber.

Dikatakan kira-kira jam 11 pagi tadi, sekumpulan pemandu teksi telah membuat provokasi di KLIA2 serta menyekat mana-mana pemandu Grab dan Uber dari mengambil penumpang di lapangan terbang tersebut. Bila isu ni nak berakhir…

20046551 10212029528586107 8412447359488293691 N
Sumber : facebook
20155714 10212029527906090 98458308968719078 N E1500362605988
Sumber : facebook

Kumpulan pemandu teksi tersebut dilihat membuat barisan panjang di tengah-tengah jalan untuk menyekat laluan bagi semua pemandu Grab dari mengambil penumpang mereka di Balai Pelepasan KLIA2.

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat mengepung beberapa pemandu-pemandu Grab dan Uber yang sedang berehat sementara menunggu penumpang membuat ‘permintaan’ di aplikasi tersebut.

20228706 342882309480771 3976779845587596133 N
sumber : facebook

Beberapa netizen juga telah berkongsi pendapat terhadap isu itu dan mempersoalkan motif kumpulan tersebut membuat kecoh di tempat awam, apatah lagi di tempat ramai pelancong luar negara boleh dijumpai.

1 33
Sumber : facebook
3 15
sumber : facebook

Setakat ini tiada berita sama ada terdapat sebarang sentuhan fizikal atau kecederaan yang telah terjadi di tempat kejadian.

Bila agaknya isu ni akan berakhir eh? Rezeki masing-masing, janganlah dengki. Kan?

Baca : Pemandu Teksi Biadap Ganggu Lelaki Ambil Penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang

4 9 E1500362272530

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.