in

Pemandu Teksi Biadap Ganggu Lelaki Ambil Penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang

Gduh Teksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Teksi Biadap Ganggu Lelaki Ambil Penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang
Loading
/

Pemandu teksi dan pemandu Grab atau Uber memang tak boleh bertembung ke? Kalau bertembung atau masing-masing mengambil penumpang di tempat yang sama, mesti ada pergaduhan yang berlaku.


Baru-baru ini tercetusnya pergaduhan di antara seorang lelaki yang tidak dipastikan sama ada pemandu GrabCar atau Uber dengan seorang pemandu teksi lelaki yang menahan kenderaannya ketika dia sedang mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam rakaman video berdurasi satu minit itu, pemandu teksi yang biadap tersebut telah meletakkan sebelah dari kakinya ke atas kerusi kereta mangsa sambil menjerit-jerit marah. Sabar, sabar… kenapa marah-marah ni?

Screen Shot 2017 06 21 At 1.38.02 Pm
sumber: facebook
Screen Shot 2017 06 21 At 1.38.15 Pm
sumber: facebook

Mangsa didengar berkata,

Tengok dia bikin saya punya kereta ini macam. Dia mahu ambil saya punya telefon. Ini orang jahat. Dia mahu lawan sama saya.”

Apabila mangsa mendekatkan telefon pintarnya ke arah lelaki tersebut untuk mengambil imej wajahnya, pemandu teksi tersebut melarikan wajah dan berkata,

Ada orang tu kita dah cakap elok-elok dia tak mahu dengar.”

Tengok dia tak berani tunjuk dia punya muka.”

Haa memang tak berani!”

Screen Shot 2017 06 21 At 1.41.27 Pm
sumber: facebook

Mangsa seterusnya keluar dari kereta setelah dia hilang sabar terhadap kelakuan pemandu teksi. Kelihatan beberapa orang awam sedang berdiri di kawasan sekeliling menyaksikan pergaduhan itu. Namun tiada di antara mereka yang berani cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Ish, ish, ish!

Screen Shot 2017 06 21 At 1.44.45 Pm
sumber: facebook

Tidak selesai bergaduh di dalam kereta, pemandu teksi tadi cuba pula merampas telefon milik mangsa. Mereka kemudian bergelut sebelum mangsa bertutur dalam bahasa Cina dan berkata,

Kamu semua boleh jadi saksi akan kejadian ini, dia cuba rampas telefon saya. Tak apa, saya akan pergi kerana mereka (pemandu teksi) tak bagi kami ambil penumpang di sini.” 

Haih, tak boleh ke bertolak ansur langsung dalam isu mengambil penumpang ni?

Pun begitu, kedengaran juga pemandu teksi tersebut mencabar supaya mangsa membuat laporan polis berkaitan hal tersebut.

Rata-rata pengguna Facebook yang melihat rakaman ini mula berasa kurang senang dengan tindakan pemandu teksi zaman sekarang.

Reputasi pemandu teksi sudah jatuh merudum. Kalau mereka teruskan juga dengan sikap seperti orang tak bertamadun ini, mereka akan kehilangan kerja.”

Pemandu GrabCar terpaksa menurunkan saya beberapa meter jauh dari pintu masuk stesen LRT Taman Bahagia kerana bimbang diganggu pemandu teksi di kawasan tersebut.” 

Pemandu teksi perlu henti ganggu pemandu Uber/GrabCar. Masing-masing sama mencari rezeki. Kalau dua-dua bergaduh macam ni, macam mana nak dapat pelanggan?

Tonton video di bawah:

Baca: Teksi dan Uber Akhirnya Berdamai, Kini Bekerjasama Kongsi Aplikasi

Uber Damai Teksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.